Story Part 3

131 5 0
                                    

Hari berganti minggu dan minggu berganti bulan, hubungan Anisa dan Faiq bertambah rapat. Suatu hari, Faiq meminta Anisa menemuinya di sebuah taman. Nisa akur dan mengajak Kay bersama. Kay hanya menurut permintaan Anisa kerana dia risaukan sahabat baiknya itu.

Anisa dan Kay pergi ke taman yang diberitahu oleh Faiq. Faiq tersenyum apabila melihat Anisa. "Thanks Nisa sebab datang jumpa Naim." ujar Faiq ceria. Anisa membalas senyuman Faiq.
"Ada apa Naim nak jumpa Nisa ni? Siap kat taman lagi. Ada pape ke?" soal Anisa. Faiq mengangguk. "Apa dia?" soal Anisa. "Naim nak propose someone and Naim perlukan Nisa untuk tolong Naim sebab Naim tak boleh buat benda ni sendiri." ujar Naim.

Kay terkejut mendengar kata kata Faiq. Dia memandang Anisa. Kelihatannya wajah Anisa muram, namun cuba disorokkan kesedihannya itu. Nisa memberikan senyumannya. "Owh, err.. Nak Nisa tolong ape?" soal Anisa. Meskipun hatinya hancur, namun dia tetap menguatkan hatinya. Faiq tersenyum. Dia membawa Anisa ke bahagian taman yang agak tersorok sedikit. Kay hanya menurut dari belakang. "Okay, first Nisa kena berdiri kat sini." ujar Faiq. Nisa akur dan melakukan seperti yang disuruh.

Faiq melutut di hadapan Anisa. "Anisa, sudikah Nisa terima Naim sebagai kekasih, suami dan ayah kepada anak anak kita? Will you be my soulmate forever? Naim cintakan Nisa sejak pertama kali kita bertemu dan Naim harapkan hal yang sama dari Nisa. Will you accept my love and bring it to our marriage?" soal Faiq. Nisa terkejut. Faiq mengeluarkan sebutir cincin berlian dari poket seluarnya dan dihulurkan pada Anisa. Anisa menekup mulutnya. Dia terkejut. "Naim, are you serious? Ke ni Naim saja saja praktis sebab nak melamar orang lain?" soal Anisa teruja, namun cuba disorokkan sedikit perasaannya.

Faiq menggelengkan kepalanya. "I'm serius sayang. Naim cintakan Nisa sejak pertama kali Naim jumpa Nisa. And I feel that you're my soulmate. So please, accept me my love." ujar Faiq. Anisa memandang Kay. Kay hanya tersenyum. Dia tahu rakannya itu benar benar menyintai Faiq Naim. Anisa memandang Kay dan menganggukkan kepalanya. Faiq tersenyum gembira dan menyarungkan cincin buat Anisa. "Thank you dear, thank you so much. Naim janji Naim akan jaga Nisa baik baik." ujar Faiq. "Nisa pun harap macam tu juga." balas Nisa.

"Esok kita jumpa parents Naim ea. Naim nak kenalkan Nisa pada keluarga Naim dan lepas tu Naim nak kahwin dengan buah hati Naim ni. Naim tak nak Nisa jatuh kat tangan sesiapa pun melainkan Naim sorang je." ujar Faiq. Nisa mengangguk. "Tapi, Nisa tak selesa lah kalau pergi sendiri. Nisa nak ajak Kay boleh?" pinta Anisa. "Boleh sayang. Anything for you." ujar Faiq. Anisa tersenyum dan memandang Kay. "Adoi! Pahal nak libatkan aku pulak! Aku busy lah! Tak nak! Kau pergi je sendiri." ujar Kay. "Ala, please Kay. Kau sorang je kawan aku. Aku dah takde sesiapa lagi dah selain kau. Please." pujuk Anisa. Kay mengeluh. "Fine!" ujar Kay malas. "Yeay! Sayang Kay!" ujar Anisa ceria. Kay memandang Faiq tajam.

Dia tahu sesuatu mengenai Faiq, sebab itu dia kurang menyukai Anisa berkawan dengan Faiq, namun disebabkan Anisa benar benar menyintai Faiq. Dia akur. Cuma dia risau, Anisa akan menangis selepas ini.

Apa yang dia mampu harapkan cuma, Faiq benar benar teguh dengan janjinya untuk menjaga Anisa sebaik mungkin. Kay mengeluh perlahan.

Encik CEO kejar aku?Where stories live. Discover now