---
Jinhwan mengeliat kecil. Ketika itu jugalah , tangan Jinhwan secara tidak sengaja telahpun melanggar sesuatu yang boleh dikatakan agak asing baginya.
Jinhwan semakin rimas apabila tubuh kecilnya itu dirasakan seperti sedang dihimpit ㅡ membuatkannya hampir lemas. Perlahan-lahan kelopak matanya diangkat. Terkejut bukan kepalang Jinhwan jadinya apabila menyedari bahawa dia sebenarnya berada di dalam dakapan Junhoe. Air liurnya diteguk payah.
Jantungnya kian berdetak laju apabila terdengar dengkuran halus dari mulut Junhoe. Jinhwan dilihat begitu bersungguh-sungguh untuk menjarakkan dirinya dari lelaki bertubuh tinggi itu. Pelukan dari tangan sasa Junhoe di pinggangnya cuba dileraikan.
Berjaya.
Jinhwan memerhatikan keindahan ciptaan Tuhan yang kini berada di hadapan matanya dengan penuh kekhusyukan. Bulu mata Junhoe yang dilihat panjang dan melentik itu diusik jari telunjuk kecilnya. Kemudian , bibir Junhoe kian menjadi tumpuannya.
Jinhwan menyentuh bibir Junhoe dengan hujung jarinya. Sememangnya bibir kedua-dua mereka jauh berbeza.
"Dah puas belek bibir aku yang sexy ni?"
Sehingga terjungkit dua bahu Jinhwan gara-gara terperanjat ditegur Junhoe. Dadanya diurut perlahan.
"Kau ni.. terkejut aku."
Dalam diam , Jinhwan berharap agar Junhoe tidak terus-menerus berbual tentang topik sensitif seperti ini.
"Junhoe.."
"Hmm?"
"Aku mimpi ada orang cium aku malam tadi."
"Kat mana?"
"Kat bibir aku.."
"Itu kan mimpi je.."
"Tapi aku rasa ciuman tu real sangat."
Jinhwan menyentuh permukaan bibirnya sendiri. Dia dapat membayangkan bagaimana bibir manusia di dalam mimpinya itu melekap di bibirnya.
"Aku rasa orang tu jodoh aku. Kau tak rasa macam tu ke , June?" Jinhwan berkata riang.
"Mimpi tak semestinya betul , Jinhwan. Jangan seronok sangat. Takut kau yang sakit nanti." Junhoe tersenyum kelat sebagai balasan kepada soalan sahabatnya.
---
Junhoe mengeluh. Jinhwan jarang sekali berbual dengannya seperti kebiasaan. Lelaki itu kerap termenung sendirian seakan-akan sedang sibuk memikirkan tentang hal lain.
"Apa yang aku cakap tadi dah lukakan hati dia ke?"
Junhoe semakin dihimpit rasa bersalah. Dia tidak mahu Jinhwan berenggang darinya hanya kerana hal seperti itu.
"Kau masih fikir pasal mimpi tu ke?"
Jinhwan diam sahaja. Beberapa minit selepas itu barulah dia mengangguk. Itupun sekadar mengangguk perlahan.
"Macam mana orang tu cium kau?"
"Aku tak tahu macam mana nak terangkan pada kau , June."
"Macam ni , ke?"
Junhoe dengan beraninya mengangkat dagu Jinhwan sehingga terdongak. Bibirnya sekaligus disatukan dengan bibir Jinhwan. Semuanya berlaku dalam sekelip mata. Jinhwan memandang Junhoe dengan ekspresi wajah terkejut. Rama-rama kian bertebangan di dalam perutnya.
"Macam mana? Sama tak?"
Junhoe tersenyum. Namun , kemanisan senyuman di bibirnya hilang serta-merta apabila pipinya menerima tamparan dari Jinhwan.
---
YOU ARE READING
Attention [ JunHwan ] ✔
RomancePerhatian yang Junhoe berikan selama ini menjadi pembakar semangat untuk Jinhwan meneruskan sesi rawatannya. Tetapi , bagaimana pula sekiranya perhatian itu semakin tidak ia rasakan? || 구준회 ft. 김진환 ||