24 장

238 29 5
                                    

---

Esakan Jinhwan pada ketika itu umpama mencengkam kemas hati Hanbin. Dia dan Jiwon yang bersama-sama merapatkan sisi wajah mereka pada permukaan pintu bilik Jinhwan saling berpandangan.

Nampaknya , Jiwon juga berkongsi perasaan yang sama. Sudah setengah jam mereka berdua berdiri di hadapan pintu yang tertutup rapat ini.

Jiwon dan Hanbin langsung tidak diberikan peluang untuk memujuk mahupun menenangkan Jinhwan. Malah , pasangan kekasih itu dihalau keluar tanpa dijelaskan sebabnya.

Rakan-rakan Jinhwan yang lain pula telah pergi ke destinasi yang sepatutnya mereka tuju. Mereka juga turut bingung dengan apa yang terjadi.

Namun , hal itu sama sekali tidak dipersoalkan demi menjaga perasaan Jinhwan.

Lain pula situasinya di sebalik pintu yang berkunci rapat itu. Jinhwan duduk termenung di beranda biliknya sambil menangis.

---

Jinhwan menolak perlahan kerusi rodanya di sepanjang laluan menuju ke altar. Di sisi kanan dan kirinya , terletaknya tempat duduk yang biasa dilihat di dalam gereja.

Jinhwan berpakaian formal. Kehadiran lelaki itu mulai diperhatikan oleh tetamu di sekelilingnya.

Jauh di atas altar , Junhoe sedang berdiri dengan gemuruh menanti kedatangan seseorang. Dia tampak segak mengenakan pakaian seperti itu.

Jinhwan menggerakkan kerusi rodanya lebih pantas ke hadapan. Senyuman Jinhwan melebar tatkala Junhoe mendongakkan wajahnya. Lelaki itu tersenyum gembira.

Seorang wanita dengan gaun pengantin berwarna putih berjalan melepasi Jinhwan. Mata Jinhwan kian berkaca-kaca melihat Junhoe menyambut tangan wanita tu. Mereka sama-sama berpijak di atas altar.

Sebelum Junhoe mengucapkan lafaz yang akan mengikat hubungan mereka , Jinhwan menghentikannya dengan satu jeritan.

"Berhenti!"

Junhoe dan wanita itu menoleh.

"Jinhwan.. apa kau buat ni?"

Lelaki itu melangkah turun dari altar dengan wajah tidak senang.

"Junhoe.. aku sayangkan kau. Tak , aku cintakan kau... tolonglah jangan tinggalkan aku. Kita kahwin. Nae?"

Jinhwan cuba meyakinkan Junhoe. Akan tetapi , Junhoe hanya tersenyum sinis.

"Kahwin? Dengan lelaki cacat macam kau? Jangan berangan , Jinhwan."

Kerusi roda Jinhwan ditendang sehingga tumbang ke lantai.

Dengan pandangannya yang dikaburi oleh air mata , Jinhwan melihat Junhoe memimpin tangan pengantin perempuan untuk kembali meneruskan majlis mereka.

Segala-galanya diakhiri dengan ciuman pasangan yang baru sahaja sah bergelar suami isteri itu.

"Junhoe.. Junhoe.."

Melihat Jinhwan yang meracau dalam tidurnya sambil mengalirkan air mata , si ibu yang risau mengejut lembut lelaki itu.

"Jinhwan..."

Figura genit itu kelihatan benar-benar letih. Apabila ditanya tentang apa yang dia mimpikan tadi , Jinhwan tidak ingin menjelaskannya.

Si ibu kemudiannya membiarkan Jinhwan kembali berehat. Apa sahaja yang mampu dia capai diambil lalu dihempas pada kakinya.

Namun , sia-sia sahaja kerana kakinya tidak terasa sakit walau sedikit pun. Jinhwan menangis lagi.

---

Attention [ JunHwan ] ✔Where stories live. Discover now