16 장

366 38 6
                                    

---

Tubuh genit Jinhwan dirasakan agak melekit ㅡ membuatkan Junhoe yang secara tidak sengaja terlena buat seketika sambil memeluk sahabatnya berasa tidak selesa. Junhoe menggagahkan dirinya untuk membuka kelopak mata yang masih tertutup rapat.

Deruan nafas Jinhwan yang lebih hangat dari biasa pada tengkuk Junhoe ternyata agak mengejutkan lelaki itu. Melihat Jinhwan tidur dalam keadaan berpeluh-peluh menambahkan lagi kemusykilan yang terbuku di dada Junhoe.

"Jinhwan?"

Junhoe mengelus pipi gebu Jinhwan sehingga turun ke bawah rahangnya. Suam. Itu yang Junhoe rasakan. Tapak tangannya ditekapkan pula pada dahi dan kemudiannya leher Jinhwan yang melekit gara-gara peluh.

"Demam? Takut sangat ke dia sampai panas macam ni?"

Junhoe menggeleng perlahan. Dia kemudiannya tertawa kecil.

"Jinhwan.. Jinhwan"

Tidak lama selepas itu , dahi Jinhwan mulai berkerut-kerut lalu bersin beberapa kali. Kelopak matanya perlahan-lahan terbuka. Hidung kecilnya ditenyeh dengan belakang tapak tangan.

"Kau demam ni.. kita pergi hospital ya?"

Jinhwan menggeleng lemah tanda tidak bersetuju dengan cadangan Junhoe.

"Kau ada simpan ubat?"

Kali ini , Jinhwan tidak menjawab.

"Aku pergi ambilkan , okay? Tunggu sini kejap."

Belum sempat Junhoe mengangkat punggungnya dari katil , Jinhwan terlebih dahulu mencapai pergelangan tangan lelaki itu sehingga Junhoe kembali menoleh ke arahnya.

"Jangan pergi..."

Sayu dan lemah sahaja suara lelaki itu pada deria pendengaran Junhoe.

"Tak lama pun. Kejap je , aku janji.."

Junhoe menggenggam jari-jemari kecil milik Jinhwan di dalam tapak tangannya. Dia akhirnya mengalah.

"Okay..."

---

"Buka mulut."

Jinhwan menggeleng. Semakin tinggi selimut tebal itu ditarik menutupi separuh daripada wajahnya. Jinhwan sengaja membundarkan mata kecilnya untuk kelihatan comel pada pandangan Junhoe. Berdebar pula dada lelaki itu.

'Ah.. perasaan apa pula ni?'

Junhoe menarik nafas dalam sebelum bersuara.

"Jinhwan.."

"Nae?"

"Kau masih marah ke tentang ciuman tu?"

Jinhwan mengemam bibirnya. Buat seketika , dia hanya diam membisu. Perlukah untuk dia mengaku bahawa dia sebenarnya suka akan ciuman tersebut? Tidakkah itu terlalu jujur untuk dia akui?

"Aku tak marah. Aku cuma... terkejut."

Lega hati Junhoe mendengar jawapan sahabatnya itu. Ubat di tangannya kembali dipandang. Hampir terlupa pula dia.

"Ni. Makan ubat kau. Aku nak tolong suapkan , taknak juga." Junhoe memutarkan bebola matanya.

"Ubat tak sedap.." Keluh Jinhwan.

"Jangan nak bagi banyak alasan , ya? Nah.."

Junhoe menghulurkan ubat yang masih berada di antara jari telunjuk dan ibu jarinya itu sehingga hampir mengenai bibir gebu Jinhwan. Lelaki bertubuh genit itu semakin laju menggelengkan kepalanya.

"Tak ada cara lain ke? Asyik nak kena hadap ubat je." Sekali lagi , Jinhwan mengeluh.

"Aku ajak kau pergi hospital , menggeleng bukan main. Kalau ubat pun kau taknak , apa guna pergi hospital? Nanti aku suruh doktor suntik punggung kau baru tahu." Usik Junhoe sambil berpeluk tubuh.

"Junhoe!" Jinhwan mencebik tidak puas hati.

"Kalau aku boleh ganti tempat kau , dah lama aku buat macam ni , Jinhwan.."

"Ha? Macam mana?"

Junhoe merapatkan wajahnya dengan wajah Jinhwan. Kepalanya ditelengkan sedikit sebelum bibir mereka bercantum. Junhoe mulai menggerak-gerakkan bibirnya di atas kepunyaan Jinhwan.

Anehnya , lelaki bertubuh kecil itu langsung tidak menampar Junhoe seperti apa yang dilakukannya tempoh hari. Bahkan , dia hanya diam ㅡ membenarkan Junhoe melembapkan bibirnya yang terasa kering.

---




Attention [ JunHwan ] ✔Where stories live. Discover now