26 장

250 28 2
                                    

---

"Dapat call Junhoe?"

Dengan belakang abdomennya yang disandar rapat pada dinding hospital , Hanbin berpeluk tubuh sambil menunggu respons teman lelakinya. Jiwon menjauhkan telefonnya dari telinga.

"Dia tak angkat pun."

Hanbin dan Jiwon sama-sama mengeluh berat. Sejujurnya , mereka berdua cuba untuk tidak masuk campur dengan urusan yang sulit sekali untuk diselesaikan ini. Walau bagaimanapun , Jinhwan ialah sahabat baik mereka.

Tentu sahaja Jiwon dan Hanbin juga mahu Jinhwan bahagia seperti mereka , bersama Junhoe.

Mereka tahu jika Jinhwan hanya bergantung pada lelaki tinggi itu tidak kiralah dalam apa jua keadaan.

Hubungan Jinhwan dan Junhoe jauh lebih baik daripada ini. Sungguhpun ikatan mereka hanya sebatas kawan , mereka jauh lebih manis daripada pasangan lain yang sedang bercinta.

Sayangnya , kemesraan itu sudah tidak dapat dirasakan lagi. Baik Hanbin mahupun Jiwon , mereka berdua menginginkan Jinhwan dan Junhoe bersama semula.

---

"Nak air.."

Jinhwan berbisik perlahan. Puan Kim membantu Jinhwan untuk duduk bersandarkan bantalnya lalu menghulurkan sebotol air mineral yang telah disediakan untuk pesakit.

Puan Kim tersenyum gembira. Tuhan mendengar doanya. Separuh daripada isi botol mineral itu sudah diteguk oleh Jinhwan.

"Kamu rasa lebih baik sekarang , sayang?"

Jinhwan mengangguk perlahan. Tangan ibunya disentuh lembut.

"Omma juga yang teman dan doakan Jinhwan selama tiga hari ni , kan? Sebab tulah Jinhwan dah sembuh."

Puan Kim tersenyum lagi. Matanya berkaca-kaca kerana bersyukur dikurniakan anak seperti Jinhwan. Mereka kemudiannya saling berpelukan.

"Junhoe ada datang?"

Pelukan itu terlerai seketika.

"Tak.. kenapa , sayang?"

Jinhwan hanya menggeleng. Tubuh si ibu kembali dipeluk untuk menyembunyikan wajah kecewanya dari pandangan wanita itu. Namun , Puan Kim sudah lama menyedarinya.

Mungkinkah ada sesuatu yang berlaku di antara mereka?

---

"Beritahulah ahjumma apa yang terjadi , Hanbin. Dah lama ahjumma tak nampak Junhoe bersama-sama dengan Jinhwan. Sejak kebelakangan ni , anak ahjumma tu nampak sedih sangat-sangat."

Hanbin hanya membisu di sana. Dia tidak tahu bagaimana untuk memulakannya. Bahkan , dia juga tidak tahu untuk menjelaskan hal itu sama ada secara terus atau perlu ditapis satu demi satu.

Jiwon menyentuh bahu Hanbin sehingga teman lelakinya menoleh ke belakang. Jiwon mengangguk untuk mendorong Hanbin memulakan ceritanya.

"Jinhwan... dia terlalu sayangkan Junhoe. Pada mulanya memanglah sayang sebagai sahabat. Tapi lama-lama perasaan tu bertukar jadi cinta."

Tidak perlu dijelaskan dengan lebih lanjut pun , Puan Kim sudah faham mengenainya.

Melalui cara Jinhwan menatap Junhoe , percakapan mereka , malah keprihatinan yang Junhoe berikan sepanjang anaknya berada di atas kerusi roda , Puan Kim mengerti mengapa anaknya mempunyai perasaan begitu.

"Tapi , Jinhwan dapat tahu yang Junhoe cintakan perempuan lain. Dia sedih. Selama ni pun , yang jadi peneman dan juga punca kekuatan Jinhwan datang dari Junhoe."

Puan Kim masih boleh menerima dengan seadanya jika Jinhwan dan Junhoe saling mencintai. Yang menjadi keutamaannya adalah kebahagiaan Jinhwan.

---

Attention [ JunHwan ] ✔Where stories live. Discover now