14 장

385 42 13
                                    

---

"Hanbin , hari ni aku kena jumpa doktor. Kau teman aku , ya?"

Melihat bagaimana tangan Hanbin digenggam erat oleh Jinhwan , Junhoe hanya mampu mengeluh tanpa menyuarakan apa-apa. Sepertinya , Hanbin dan rakan mereka yang lain juga turut terkejut dengan permintaan Jinhwan.

Mana tidaknya , Jinhwan dan Junhoe sudah seperti isi dengan kuku. Sangat akrab dan saling memahami. Memang akan menimbulkan tanda tanya kepada sesiapa sahaja sekiranya melihat Jinhwan dan Junhoe membawa haluan masing-masing. Seperti sekarang , hubungan mereka dilihat renggang.

"Ermmm..."

Sukar untuk Hanbin menolak permintaan Jinhwan. Namun , dia juga sudah ada perancangan lain bersama Jiwon pada hari ini. Hanbin memandang Junhoe.

Hanya melalui pandangan mata , mereka berdua seakan-akan sedang berkomunikasi sesama sendiri. Junhoe mengangguk perlahan ㅡ memberi Hanbin peluang untuk menemani Jinhwan ke hospital petang ini.

"Okay.."

---

"Aku balik dulu ya , Jinhwan?"

Sudah berkali-kali mata Hanbin melirik pada jam tangannya. Wajah lelaki berhidung mancung itu kelihatan gusar yang teramat. Dia seperti mahu menyatakan sesuatu kepada Jinhwan , namun tiada apa-apa pun yang terbit dari mulutnya. Kali ini , Hanbin berjaya memberanikan dirinya untuk bersuara.

"Boleh tak kau teman aku lama sikit?"

Nada suara Jinhwan kedengaran rendah ㅡ hampir merayu. Cuaca di luar sudah mulai mendung. Jinhwan takut mendengar dentuman guruh. Apa lagi ketika berseorangan.

"Maaflah , Jinhwan. Aku ada hal lain."

Hal lain yang dimaksudkan Hanbin tentunya berkenaan Jiwon. Tentu dia sudah lama menunggu , fikir Hanbin.

"Hmm , takpelah kalau macam tu. Jaga diri.."

Tangan Jinhwan dilambaikan pada kelibat Hanbin yang mula mengatur langkah keluar dari biliknya. Sekarang , dia hanya terbaring menunggu petir di langit saling sabung-menyabung sesama sendiri untuk menakut-nakutkannya.

"Haih.. risau pula nak tinggalkan Jinhwan berseorangan."

Hanbin mendongak ㅡ memandang tingkap bilik Jinhwan yang sudah ditutupi kain langsir. Hanbin menyeluk kocek seluarnya lalu menarik keluar telefon untuk melihat sekiranya ada sebarang panggilan tidak berjawab dari Jiwon.

"Oh yalah... kenapa aku tak terfikir langsung untuk call Junhoe? Bengapnya aku hari ni. Haraplah depan Jiwon nanti aku tak jadi bodoh."

Hanbin menepuk dahinya lembut. Segera dia menelefon Junhoe.

---

Ruangan luas kamar itu hanya disinari sedikit cahaya malap dari lampu tidur Jinhwan. Oleh kerana kekurangan lelaki itu telah membataskan pergerakannya , hanya lampu itu sahaja yang mampu dia hidupkan.

Seperti yang dia jangkakan , petir saling sabung-menyabung. Disertakan taburan hujan lebat yang ternyata membingitkan pendengarannya. Jinhwan yang ketakutan tidak dapat mengawal dirinya dari menangis.

Jinhwan menutup kedua-dua belah telinganya. Bibirnya bergetar menahan kesejukan malam. Alangkah baiknya jika seseorang dapat hilangkan rasa takut ini , rintih Jinhwan di dalam benak kecilnya itu.

Kepala Jinhwan semakin berat. Mungkin kesejukan malam yang telah menyebabkan badannya terasa hangat-hangat suam ㅡ lebih dari biasa.

"Jinhwan?"

Kamar yang gelap itu kemudiannya terang- benderang apabila suis lampu bilik tersebut dihidupkan. Dengan wajah yang basah dek kerana air mata , Jinhwan perlahan-lahan menarik turun selimut tebalnya.

Mata Junhoe membulat tatkala melihat bagaimana pucatnya muka Jinhwan pada saat itu. Lelaki tersebut segera mendakap tubuh Jinhwan. Sangkaan Junhoe , sahabatnya itu akan terus menjauhkan diri.

Namun yang agak mengejutkan padanya , lebih erat lagi pelukan Jinhwan pada pinggang Junhoe seakan-akan tidak mahu melepaskannya.

---

Attention [ JunHwan ] ✔Where stories live. Discover now