---
Selang setiap dua minit , pasti lelaki bergigi persis seekor arnab itu akan memeriksa telefon di tangannya. Hujan turun dengan renyai pada petang tersebut. Mujurlah telefonnya itu tidak boleh dimasuki air. Atau erti kata lain , kalis air.
Buat entah ke berapa kalinya , dia mengeluh. Sesekali , dia menggosok-gosok lengan sasanya untuk membekalkan haba pada tubuh yang masih lagi terasa suam biarpun sedikit.
Mata kecilnya turut melilau ke sekeliling ㅡ tercari-cari batang hidung milik Hanbin yang sudah berjanji untuk bertemu di sini.
"Dia dah lupa ke?"
Sudah berkali-kali Jiwon berniat untuk melangkah pergi. Namun , ada sesuatu yang sepertinya menahan dia dari meninggalkan tempat tersebut. Masih berharap agar Hanbin datang ke situ seperti yang telah dijanjikan , barangkali. Hujan semakin lebat membasahi bumi. Jiwon tidak sesekali berganjak dari situ malah langsung tidak terfikir untuk mencari tempat teduh dari hujan.
Jiwon melepaskan keluhan berat. Kaki lelaki itu akhirnya dihayun meninggalkan bangku tempat dia menunggu. Hari sudah lewat. Lebih baik dia pulang untuk menyiapkan kerja rumahnya yang bertangguh sejak tengah hari tadi. Kecewa , itu yang dia rasakan.
"Kim Jiwon!"
Dia cukup kenal dengan suara itu. Namun , dia tidak tahu untuk memberi respon. Perlukah dia menoleh? Perlukah dia senyum?
"Sorry sebab lambat. Aku dengan Jinhwan tadi.."
Dalam tidak sedar , kenyataan Hanbin membuat Jiwon berkecil hati. Padanlah lelaki itu diam sahaja sehingga sekarang.
Jiwon terus berjalan meredah hujan. Kata-kata Hanbin langsung tidak diambil peduli. Hanbin yang ternyata bingung dengan sikap dingin Jiwon terus membuntutinya. Sesekali , wajah lelaki itu diintai sekiranya dia sedang bersedih.
"Kenapa diam? Aku cakap dengan kau ni.."
Jiwon masih tidak memberi sebarang respon. Hanbin tidak puas hati. Jiwon langsung tidak memberi perhatian terhadap apa yang dikatakannya pada saat itu. Melihat Jiwon begini , Hanbin semakin menginginkan perhatian daripadanya.
"Jiwon-ah.."
Perasaan bersalah Jiwon kerana sengaja tidak mengendahkan Hanbin membuatkan tindakannya bertukar ganas. Kolar baju Hanbin dicengkam lalu lelaki itu ditolak kasar ke tiang lampu. Hanbin memejamkan mata berikutan rasa sakit yang menyerang belakang badannya.
Kornea mata Hanbin menangkap imej wajah Jiwon yang berada hanya beberapa inci dari wajahnya. Kedua-dua mereka berada di bawah cahaya lampu jalan itu. Dada Hanbin bergolak kencang. Bahkan , nafasnya juga menjadi tidak teratur.
Semakin rapat tubuh Jiwon menindihnya , semakin sakit juga tulang belakang Hanbin. Mana tidaknya? Dia kini bersandar pada tiang lampu. Lainlah sekiranya dia bersandar pada dinding.
Jiwon tersedar bahawa dirinya sedang menyakiti Hanbin. Segera dia menjauhkan diri dengan perasaan serba salah yang semakin menebal.
"Did I hurt you?"
Hanbin menggeleng perlahan.
"A-aku ingat kau taknak datang.."
Wajah Jiwon kian menunduk. Walaupun dia tidak sepatutnya cemburu dengan Jinhwan kerana lebih mendapat perhatian Hanbin , namun itulah apa yang membuatkan emosinya berubah secara drastik.
"Mana mungkin aku tinggalkan kau macam tu je , Jiwon. Tengok kau pasif macam sekarang ni pun aku rasa risau. Apa yang aku patut buat untuk gembirakan kau balik?"
"Cium aku."
---
Guruh saling berdentum. Jinhwan memejam rapat kedua-dua belah kelopak matanya. Semakin menggigil tubuh kecil itu menahan ketakutannya biarpun dia dan Junhoe kini saling berpelukan dalam posisi terbaring.
Jinhwan menyembamkan wajahnya ke dada Junhoe. Lengan putih susu lelaki itu semakin erat di sekeliling pinggang sahabatnya. Dalam keadaan rapat sebegitu , bunyian dari perut Jinhwan jelas pada deria pendengaran Junhoe.
Jinhwan malu. Begitu jelas rona merah jambu pada pipi mulusnya. Junhoe tertawa kecil.
"Janganlah ketawa. Tak lawak lah.."
Jinhwan mencebik manja lalu memukul dada Junhoe. Bibirnya dimuncungkan persis anak itik. Junhoe tidak mampu menahan tawanya. Siapa sahaja yang mampu mempertikaikan kecomelan Jinhwan? Tiada!
"Lapar sangat ke?"
Junhoe tersenyum mengusik. Perlahan Jinhwan mengangguk.
"Aku pergi masaklah kalau macam tu.. tunggu kejap ya?"
Jinhwan menggeleng laju pula kali ini. Dia sama sekali tidak bersetuju dengan idea itu. Pinggang Junhoe dipeluk seolah-olah tidak mahu melepaskannya.
"Jangan tinggalkan aku.." Rayu Jinhwan.
"Tapi kau makan sikit je kat sekolah tadi. Nanti kau kena gastrik macam mana?" Duga Junhoe dengan nada risau.
Junhoe mengusap ubun-ubun kepala Jinhwan. Terasa lembut dan wangi sahaja rambut figura bertubuh genit itu apabila dielus. Bauan beri yang begitu menenangkan.
"Tak payahlah. Aku takut duduk sorang-sorang kat sini. Janganlah tinggalkan aku."
Junhoe akhirnya mengalah. Dia menarik kepala Jinhwan rapat ke dadanya.
"Okay.. aku takkan tinggalkan kau selagi hujan ni tak berhenti."
---
YOU ARE READING
Attention [ JunHwan ] ✔
RomancePerhatian yang Junhoe berikan selama ini menjadi pembakar semangat untuk Jinhwan meneruskan sesi rawatannya. Tetapi , bagaimana pula sekiranya perhatian itu semakin tidak ia rasakan? || 구준회 ft. 김진환 ||