13 장

399 42 40
                                    

---

Sudah lebih dua hari juga mereka langsung tidak bertegur sapa. Jika ada sekalipun , mereka tentunya akan berasa janggal untuk berbual semesra beberapa hari lepas.

Sungguh , amat sukar bagi Junhoe untuk memahami perasaan sebenar yang dialami oleh sahabatnya itu sedangkan mereka telah lama berkawan baik. Dan sememangnya , Jinhwan dilahirkan dengan hati yang lembut dan tidak sekental hati lelaki lain. Anginnya sekejap baik , sekejap beremosi. Sama sahaja seperti perempuan.

Sejak hari di mana Junhoe bertindak mengucup bibirnya , Jinhwan mula menjarakkan diri. Dia cuma terkejut. Tipulah jika dia menyatakan bahawa ciuman itu langsung tidak mendatangkan kesan padanya. Sejujurnya , Jinhwan suka.

Tetapi melihat dari sudut lain pula , ciuman itu seolah-olah hanya satu usikan untuk mempermainkan perasaannya. Bagi Jinhwan , Junhoe langsung tidak serius. Malah , hanya menganggap bahawa ciuman itu adalah satu bentuk gurauan baginya.

"Kenyang ke tengok ikan berenang-renang dalam kolam tu?"

Jinhwan mendongak tinggi. Lelaki yang sedang berdiri di belakang Jinhwan itu kemudiannya meletakkan kedua-dua belah tapak tangan ke atas tempat di mana Jinhwan sedang merehatkan tangannya. Dagunya direhatkan sebentar pada kepala figura bertubuh genit itu.

"Aku... takde selera nak makan."

Cakap Jinhwan itu ada benarnya. Dari awal pagi tadi lagi perutnya tidak diisi apa-apa.

"Nah.. ambil sandwich ni."

Hanbin menghulurkan bekas plastik lutsinar yang berbentuk segi tiga kepadanya. Jinhwan teragak-agak untuk menerima walaupun sandwich itu adalah pemberian dari rakannya.

"Muka kau nampak tak bermaya. Jadi , aku belikan satu lagi untuk kau. Tengok , aku pun ada sandwich yang sama juga."

Hanbin tersenyum riang sambil menggoncang dua potongan sandwich di dalam bekas plastik lutsinar yang sedang dipegang olehnya. Jinhwan tertawa kecil melihat telatah keanak-anakkan Hanbin. Jarang dapat dia lihat Hanbin tersenyum begini. Maklumlah , ketua pengawas , bukan?

"Terima kasih , Hanbin. Susah-susah je belikan untuk aku."

Jinhwan tersenyum.

"Tapi ingat , kau kena bayar balik tau. Sebabnya , aku tengah ada krisis kewangan ni."

Terbantut segala pergerakan Jinhwan untuk mengunyah sandwich tersebut. Hanbin dipandang dengan wajah datar. Pemberian yang disangkanya ikhlas rupanya tidak sama sekali.

"Oh , tak lawak eh? Aku ingat kau nak gelak tadi.."

Hanbin menggaru belakang tengkuknya sambil tersengih kambing.

"Chill lah... aku gurau je. Takkanlah dengan kau pun aku nak berkira. Kan? Kan?"

Kali ini , Jinhwan langsung tidak tersenyum. Hanya keluhan sahaja yang dapat Hanbin dengari dari mulut lelaki itu. Jinhwan tidak tahu dengan siapa perlu dia berkongsi masalah. Lagipun , Jinhwan malu untuk menyatakannya pada orang lain.

"Mungkin kau masih marah pada aku dan yang lain tentang hari tu. Tapi tak bermakna kau boleh sembunyikan masalah kau. Yang lain pun risau , tahu? Ceritalah masalah kau pada aku."

Jinhwan menggigit bawah bibirnya dan terdiam seketika. Barangkali sedang mempertimbangkan kata-kata Hanbin.

"Kau rasa salah ke kalau aku tampar seseorang sebab dia cium aku?"

"Kenapa pulak kau buat macam tu?"

"Aku rasa dia cium aku untuk suka-suka."

Hanbin mengeluh.

"Kau sendiri pun tak yakin , Jinhwan. Mana boleh kau kata dia cium kau untuk suka-suka sedangkan kau sendiri pun tak tahu. Tapi... siapa orang tu sebenarnya?"

"Junhoe."

Membulat mata Hanbin pada waktu itu. Jinhwan sekali lagi mengeluh.

"Aku ingat aku seorang je yang ada perasaan macam ni. Rupanya kau pun?" Hanbin menepuk dahinya perlahan.

Berkerut kening Jinhwan mendengar kenyataan Hanbin.

"Sejak kebelakangan ni , Jiwon selalu sentuh aku. Biasanya perempuan je yang boleh buat lelaki rasa sensual. Tapi tak sangka dia boleh buat benda macam tu pada aku. Terancam pula rasanya."

Hanbin menyilangkan kedua-dua belah tangan ke bahu ㅡ menutup dadanya.

"Jinhwan , kita pergi kat sana , ya?"

Tanpa menunggu jawapan dari Jinhwan , Hanbin menolak kerusi rodanya ke dalam kantin. Senyuman Jinhwan mati tatkala matanya bertemu dengan mata Junhoe. Di hadapan rakan-rakannya , Jinhwan memegang tangan Hanbin. Melalui ekor matanya pula , Junhoe sekadar menunduk diam.

"Hanbin , hari ni aku kena jumpa doktor. Kau teman aku , ya?"

---


Attention [ JunHwan ] ✔Where stories live. Discover now