22 장

253 28 17
                                    

---

"June-yah , kau sibuk ke? Aku ingat nak ajak kau keluar petang ni memandangkan aku dah tak ada kerja lain yang nak dibuat. Jadi , kita jumpa di tempat biasa ya? Aku tunggu-"

Senyuman Jinhwan perlahan-lahan pudar sejurus ayatnya dipotong begitu sahaja oleh Junhoe.

"Maaf , Jinhwan. Aku ada hal penting lah hari ni. Kau mintalah Hanbin temankan kau." Jawab Junhoe di hujung talian. Ayatnya langsung tidak meyakinkan Jinhwan.

Figura bertubuh genit itu mengeluh kesal. Alasan apa pula yang bakal Junhoe berikan kepadanya kali ini? Latihan bola keranjang?

"Hal apa lagi , June?"

Jinhwan mengemam bawah bibirnya dengan mata yang terpejam. Udara yang memenuhi peparunya kini dihembus keluar melalui rongga nasal.

"Tak apalah.. lagipun , tak ada gunanya aku tanya kau."

Tiada lagi jawapan yang Junhoe berikan setelah itu. Jinhwan menjauhkan telefonnya dari telinga lalu ditatap skrin objek nipis tersebut. Junhoe sudah lama menamatkan panggilan. Semakin menggunung rasa kesalnya terhadap Junhoe.

Telefonnya dihempaskan ke lantai dengan raut wajah bengang.

"Jinhwan!"

Wajah si empunya nama diangkat. Mata Jinhwan terarah ke pintu biliknya yang tertutup rapat. Panggilan itu datang dari luar.

"N-nae , omma?"

Jinhwan menggerakkan kerusi rodanya menghampiri pintu.

"Kawan-kawan kamu datang ni. Keluarlah , sayang.."

Mendengarkan hal itu , Jinhwan merapikan dirinya sebelum bersemuka dengan mereka. Sejujurnya , hubungan antara Jinhwan dan rakan-rakannya agak canggung sejak hari di mana Jinhwan dimasukkan ke hospital akibat kemalangan.

Jinhwan tidak dapat membendung rasa kesalnya. Namun begitu , syukurlah perasaan kesalnya sudah beralih pada Junhoe.

Sejak disahkan mengalami kelumpuhan , Jinhwan segan untuk meluangkan masa bersama mereka. Oleh itu , keyakinan dirinya sentiasa jatuh merudum setiap kali duduk di dalam kelompok tersebut.

"Jinhwan!"

Melihat mereka tersenyum ke arahnya , beban yang membelenggu Jinhwan hilang seketika.

---

Attention [ JunHwan ] ✔Where stories live. Discover now