" Haera ! Bangun ! Omma nak ajak kamu pergi fitting baju kahwin ! "
" Apa dia ? Malaslah omma . Nak fitting fitting ni . Ish leceh lah kahwin ni . "
" Btw , Vernon pun ada nanti . Kamu jaga kelakuan sikit depan Aunty Varissa . Jangan jadi budak budak sangad . Omma tahu kamu ni manja , tapi jangan lebih lebih ok . "
" Ish yelah yelah . Oppa Kook mana omma ? Dia tak balik ke hujung hujung minggu ni ? Haera rindu dia lah . " kataku sambil memasukkan roti berjem strawberry ke dalam mulutku .
" Haish kamu ni . Minggu ni dia ada exam . Haa tulah bila serumah bertekak je . Bila takda rindu merindu . Haih kamu ni . " kata omma sambil menuang air tea untukku .
PERFECT BOUTIQUE
Peh besar siot butik ni . Nak suruh aku fitting semua baju ke hape ?
" Rara , ingat pesan omma . "
" Yer omma , orang ingat . "
Aku dan omma jalan beriringan masuk ke dalam butik . Dan muncullah seorang wanita berkaca mata bulat dan mengenakan dress berbunga iaitu Aunty Varissa .
" Yoo ra shi , dah lama awak
sampai ? " soal Aunty Varissa kepada omma ." Eh taklah , baru je . Jom lah kita masuk . Kajja . "
" Ouh nae . Kajja . "
Aku nampak Vernon . Dia mengenakan jeans dan hoodie berwarna biru . Kenapa dia macam lain ? Nampak lagi handsome ke hodoh ? Lantaklah .
Aku hanya mendiamkan diri . Omma dan Aunty Varissa yang beria . Macam omma dengan Aunty Varissa pulak yang nak kahwin . Vernon yang kat sebelah aku pun main handphone . Aku telek dia main gtr racing rupanya . Kenapa lah dia tak cakap ? Boleh racing dengan aku .
" Vernon , Haera , giliran kamu fitting baju . " kata Aunty Varissa .
" Vernon dululah . " kataku sambil mengangkat kening tanda arahan kepada Vernon .
Vernon masuk dalam fitting room .
5 minit sudah ...
10 minit ....
Lama siot . Berak ke ape mamat ni ?
Dan akhirnya dia keluar .
Wow , good looking giler . Haduh kalau macamni dari aku benci dia boleh jadi suka woi . Masalah masalah . Dia mengenakan suit berwarna biru gelap . Sesuai dengan kulit dia .
Dan kini . Tibanya saat aku fitting baju .
Inilah saat yang paling aku malas nak buat .
Nak taknak kena jugak .
Masuk je dalam fitting room , aku nampak gaun biru gelap dihiasi bertemakan floral . Cantik . Tak terlalu crowded . For the first time aku suka baju floral . Selama ni baju aku takda floral pun .
Aku memakainya . Aku keluar untuk menunjuknya kepada omma dan Aunty Varissa .
" Haish , nasiblah jadi bini aku . Kalau orang lain , dah lama aku rampas awal awal . "
" Haera , Benon , duduk sebelah sebelah . Omma nak ambil gambar . "
Aku pun dengan takda perasaan posing jelah macamtu je . Aku dapat merasakan Vernon memegang pinggangku bagi menampakkan kami kelihatan rapat . Ish pervert lah mamat ni . Belum pape nak pegang pinggang orang .
Sesi fitting berakhir begitu saja kerana Aunty Varissa terpaksa berkejar ke syarikatnya .
Perkahwinan kami akan berlangsung lagi 2 minggu . Cepatnya masa berlalu . Tak sangka aku nak jadi bini orang .
Kling
Seronok fitting baju kahwin ? Btw awak nampak cantik tadi . Serius .
Mana tau ? Awak ni siapa sebenarnya ?
Kan saya dah kata haritu saya buah hati awak .
Ini Vernon ke ? Please tell me .
I'm not Vernon . Just someone that love u so much . Saranghae .
Mesej antara aku dan dia terhenti disitu . Siapakah sebenarnya pemilik nombor rahsia ni ?