Aku tengok orang ramai yang sibuk menyiapkan dan menghias pelamin ku untuk majlis kahwin ku esok
Aku sendiri buntu dengan pilihan yang aku buat ni, betul ke pilihan aku untuk kahwin dengan orang yang langsung aku tak tahu latar belakangnya
Aku terima perkahwinan ni kerana ibuku yang sangat menginginkan menantu anak kepada kawannya
Azrif Mikail seorang juruterbang di lapangan terbang KLIA , berumur 23 tahun tua 1 tahun dari aku
Aku cuma tahu itu sahaja tentangnya, kata ibu dia seorang lelaki yang baik dan kacak
Soal kacak aku tak kisah sangat janji agama nya kuat boleh bimbing aku ke jannah
Sedang aku mengelamun tiba2 pintu bilik ku diketuk
Tersembul muka adik perempuan dia hadapan pintu
"Assalamualaikum bakal pengantin" perli adikku Syafiqah
"Hm waalaikumsalam" sambut aku dengan malas
Ni masuk bilik aku ni nak kenakan aku la ni , tahu sangat perangai dia ni
"So macam mana berdebar tak?" Tanya Syafiqah
Aku cuma senyum sumbing pada dia
"Ala, orang tanya elok2 buat senyum macam tu pula. Ni mak cik suruh turun sekarang majlis berinai " panggil Syafiqah
Aku bangun dan turun terus tinggalkan dia di hadapan pintu tu
Mereka yang melihat ku semua gembira berborak pasal cerita hidup selepas kahwin yang kononnya seronok tu
Diorang kata kahwin pilihan keluarga ni perkahwinan yang elok , tapi bagi aku kalau kahwin tapi tak sefahaman buat apa
Aku diam dan senyum aje pura2 dengar kononnya , padahal otak aku dah tak boleh terima cerita ni
Sampai pukul 1 pagi rumah ibuku ini riuh rendah dengan gelak tawa keluargaku
YOU ARE READING
Kerana Dia Isteriku
Short StoryApa makna cinta pada Azrif? Adakah hanya sekadar gurauan atau permainan Apa pula makna sayang? Ditaburnya pada setiap gadis yang sering bertukar tukar setiap malam Bagi Elya cinta itu suci dan hanya untuk seorang yang bergelar suami . sayang pula b...