CHAPTER 10

501 48 17
                                    


Aye tengok banyak silent readers ni. Janganlah jadi silent readers. Comment lah vote ke... 😭Boring xda orang komen ni. Vote pun kurang 😭

++

"Vampires. Tidak boleh makan bawang putih, berada di bawah cahaya matahari, dan tidak boleh berada di sekeliling manusia biasa. Lebih teruk lagi, jika darah dari salah satu manusia itu termasuk dalam golongan darah yang sangat manis, sensitif apabila mereka menciumnya dan merasakannya. Apabila mereka menemukan darah manis ini, vampires tidak akan dapat untuk mengawal diri mereka kecuali jika mereka menutup hidung dan menjauhi orang itu sebelum kedua bebola mata mereka berubah warna. Darah manis ini hanya vampires saja yang tahu seperti apa rasanya dan baunya. Hidung mereka sangat sensitif terhadap darah manis".

"Warna mata mereka akan berubah secara mendadak tanpa mereka sedar. Berubah kerana mereka merasa lapar atau apabila mereka mencium darah seseorang yang sangat manis. Vampires harus minum darah, setiap hari. Darah manusia. Mereka tidak akan hidup tanpa darah. Kadang-kadang, mereka juga akan makan makanan manusia , hanya untuk menyembunyikan identiti mereka. Setelah itu, mereka akan memuntahkannya setelah beberapa jam kemudian. Makanan manusia tidak beberapa sesuai untuk vampires".

"Oh,patutlah Taehyung selalu mengeluh setiap kali aku membuatkannya makanan," gumam aku.

Ya, aku tengah sibuk membaca sebuah buku yang bertajuk "About Vampires". Buku itu aku pinjam di Perpustakaan Nasional Korea waktu perjalanan pulang menuju apartmentku dari apartment BTS. Apabila aku tahu Taehyung adalah seorang vampire, aku terus memandu keretaku ke perpustakaan. Bersyukur, perpustakaan itu masih buka.

"Pada zaman modern sekarang ini, para vampire sangat sukar dijumpai keberadaannya di bandar-badar besar. Mereka lebih suka berkumpul di bandar-bandar yang tidak pernah dikunjungi manusia iaitu di negara Romania. Jika ada seorang manusia yang menjejakkan kaki ke tampat itu, mereka pasti tidak akan dapat pulang . Dan kejadian ini sudah pernah terjadi beberapa belas tahun yang lalu. Vampires yang masih berkeliaran di bandar-bandar besar hanya sedikit, tidak sampai 7%. Dan 5% daripadanya adalah vampires yang boleh tinggal secara bebas dengan manusia," aku kembali menyambung membaca buku itu.

"Vampires yang boleh tinggal secara bebas dengan manusia adalah vampire yang betul-betul terkawal . Dia tidak akan gelabah ketika lapar ataupun mencium darah manusia yang manis. Meskipun begitu, mereka tidak dapat bertahan pada masa yang lama dan mereka tetap akan bernafsu apabila melihat darah manusia di hadapan mereka. Vampires yang terkawal ini dapat meminum darah haiwan. Dan mereka juga boleh mengawal perubahan warna mata mereka sendiri. Mereka juga boleh berada di bawah cahaya matahari agak lama, "

"Adakah Taehyung termasuk golongan vampire yang bebas? Setiap hari dia selalu berada di sekeliling manusia. Maksudnya dia boleh minum darah haiwanlah kan? Tapi, kenapa dia masih memilih untuk minum darah perempuan,?"

Aku mengangkat kedua bahuku, bingung memikirkan tentang vampires ini. Aku tidak begitu faham. Meskipun, aku teringin sekali membaca buku ini sampai habis. Aku ingin tahu apa-apa saja yang menjadi kelemahan dan ketidaksukaan seorang vampire. Aku adalah manager dari seorang vampire. Pekerjaan aku tentu semakin berat setelah aku mengetahui kenyataan pahit itu. Aku harus menjaga Taehyung dengan baik agar orang di sekeliling tidak mengetahui identiti lelaki itu yang sebenarnya. Aku merasa sangat bertanggung jawab sekali untuk melindungi Taehyung.

[HIATUS] VAMPIRE (흡혈귀) 15++ • Taehyung •Where stories live. Discover now