1 - Buku Lukisan Kamelia

3.4K 79 12
                                    

"Hah? Harta karun?" Kamelia terus pandang mata Adli dengan mata tak mahu nak percaya. Macam seolah-olah bercerita tentang teori konspirasi Illuminati.

"Kalau kita jumpa ni, kaya kita!" kata Adli, cuba menyakinkan kawan-kawan. Nizam yang telinganya berbalut kerana digigit makwenya, Eleena terpinga-pinga dengan semua orang.

"Mana awak jumpa ni, Adli?" tanya Eleena, yang mengamati peta harta karun yang dipegang Adli.

"Tadi, masa aku tengah hisap rokok, ada brader sorang tu, dia jawab telefon. Wallet dia tertinggal. Aku cuba la panggil mamat tu. Mamat tu macam tergesa-gesa. Aku datang dekat kat dia, kejar, tapi dia buat bodoh je. Last-last dia naik kereta, terus blah. Aku buka wallet dia, ada la lima ratus, tapi aku jumpa ni," kata Adli cuba menyakinkan kawan-kawannya.

Eleena mengamati peta yang dipegang Adli.

Koninklijk Nederlands Indisch Leger, 1898

"Bahasa Belanda, tapi bukankah Belanda menjajah Melaka dari 1623 hingga Perang Napoleon? Ini tahun 1898, mungkin ini bukan di perairan Malaysia. Bahaya ni, Adli," kata Eleena, memberitahu Adli mengenai fakta-fakta sejarah dan maritim.

"Tak, cuba tengok betul-betul, Eleena! Nampak ni! Dia tulis Malacca!" kata Adli.
"Selat Melaka kot," kata Nizam.

"Tak, korang tau tak ini pulau apa? Ini Pulau Besar! Nampak jeti ni, ini Umbai! Awak orang Melaka, Eleena! Awak takkan tak tahu ni!"

"Ye tak ye, ini jeti. Kenapa harta karun Belanda ada di kawasan British?" tanya Eleena.

"Weh, baru hari tu hampir nak jadi krim pelembap muka, takkan lah nak adventure lagi?" kata Nizam, duduk di kerusi menunggu angka giliran.

"Kejap, apa kata kita semua patah balik ke rumah Radhi. Aku tertinggal beg aku," kata Edry.

"Haah, buku lukisan aku pun ada kat Radhi," Kamelia menyampuk.

"Simpan dulu peta ni. Wallet tadi awak letak balik ke tempat asal kan?" tanya Eleena.

Adli mengangguk.

"Awak tak ambik apa-apa selain peta, kan?"

"Ada, serat."

Eleena muka muncung.

"Pulang balik."

"Ish, bukan senang nak jumpa duit," Adli tergaru-garu kepala.

"Pulang balik."

"Ha ye lah, ye lah."

Adli datang ke arah wallet tadi, wallet tu dah takde.

"Sama ada tuan dia dah dapat balik, atau orang lain ambik," Adli mengangkat bahu. Eleena hanya menggelengkan kepala.

Kamelia sumbat telinga dengan earphone. Seperti Edry, dia pun antara spesis anti-sosial yang malas nak layan orang. Tapi, kumpulan ini terdiri kepada spesis anti-sosial. Nizam anti-sosial, Eleena, walaupun popular, tapi anti-sosial juga. Dan Adli punya anti-sosial paling ekstrem - dajal orang terus.

Nizam tepuk bahu Kamelia dari belakang.

"Lagu apa?"

"Oh, Juliana Theory. Into The Dark."

"Woah, layan."

Kamelia senyum tersipu-sipu.

"La, Nizam baru sentuh bahu kau dah stim?" kata Adli sambil adjust tempat duduk memandu Kombi.

"Bodoh la kau, haaaa!" Kamelia lepuk pipi Adli.

"Woi, kau ni Minah Over la, apahal kau tampar aku? Aku ni ada muka macam David Teo ke?" Adli marah manja Kamelia.

Adli Margera: Tenggelamnya Harta Karun Van Der WijckWhere stories live. Discover now