Bukan mudah untuk kita menerima kenyataan terutama perkara yang menyakitkan seperti kehilangan ibu bapa. Aku yang baru sahaja menginjak 17 tahun terpaksa melewati segala keperitan di dalam usia yang muda.
Fuh
Gempak bukan?
Ini cerita aku. Kisah aku. Ayuh kita mulakan
Sekarang cuma tinggal aku dan akak aku, Mira. Hanya dia saja keluarga yang aku ada saat ini. Tiada saudara lain kerana kami adik beradik bukan orang Malaysia tulen.
Moyang belah mama aku asal daripada Arab. Moyang belah papa aku asal Singapura. Datuk belah mama aku orang cina dan nenek aku belah papa asal daripada Indonesia.
See? Tak ada satu pun asal daripada Malaysia. Papa aku baru je meninggal tapi dah bermacam benda dia wariskan buat kami berdua.
Aku diamanahkan lah sangat untuk menggantikan tempat papa sebagai pengarah di syarikat SUSU.SDN.BERHAD pelik ke? Tak pun memang office papa aku jual susu fresh tapi tak adalah office tu penuh dengan lembu haha office biasa ada aircond semua tu.
Selain tu, aku juga perlu jadi sebahagian daripada kumpulan Yakuza ya.. sebagai ketua mafia menggantikan papa aku.
Aku tak kisah kalau nak jadi boss syarikat susu tu yang aku kisah kenapa aku kena jadi mafia? Kenapa? Aku ni kecik lagi masih bergelar pelajar sekolah tahu tak?
Akak aku dapat apa? Nak tau? Akak aku dapat rumah banglo sebiji milik papa emm..separuh saham daripada syarikat SUSU kami tu dia punya. Senang betul hidup dia. Tak payah buat kerja goyang kaki duit masyukkk
Akak Mira tahu aku jadi pengarah ganti papa tapi akak aku tak tahu aku ganti papa jadi mafia!
"Hui dik kenapa termenung ni?" Pipi kananku dicubit kak Mira. Asyik kena cubit je pipi aku ni mana taknya bulat pipi aku.
"Tak ada apa cuma tengah fikir ye lah boleh ke adik ni handle syarikat papa. Adik kan masih sekolah mampu ke adik nak bahagikan masa antara sekolah dengan office?"
Aku cuba menyembunyikan perasaan ini tapi aku tak mampu bila berhadapan dengan akak Mira sepatutnya dia yang dapat jawatan ini sebab dia lebih layak.
"Akak ada lah Lis. Akak tolong Lis sikit ye. Dah tak payah nak buat muka sedih sangat. Buruklah dik" pipi aku dicubitnya lagi.
Akak! Sakit tahu tak
"Okay . Thank you, i love you kak ..terima kasih sebab selalu ada dengan adik" ikutkan hati memang nk cubit je pipi dia ni tapi tak sampai hati nanti nangis pula dia ni haha
"You are so cheesylah dik. Manis sangat mulut tu nanti akak letak garam baru tahu" akak aku ketawa kecil bukan kecil besar okay dia gelak macam apa sampai bergema ruang tamu ni
"Ha ha hambarlah kak cuba lagi okay lain kali" aku bangun dari sofa dan berjalan menuju ke bilik aku
"Eh dik i think you forget something" ucap akak dengan nada perlahan hampir aku tak dengar tadi
Aku menggaru kepala tak gatal. Apa pula yang aku lupa ni? Wait apa yang aku lupa? Ohh yes aku lupa benda tu
Aku kembali mendapatkan akak mira lalu pipinya aku cium sekilas sambil mengucapkan Good Night kepadanya.
"Gediknya akak ni. Malu tahu nak kiss bagai ni" aku berkira kira untuk membuka langkah untuk melarikan diri sebelum dia naik angin
"Eleh akak baru minta kiss pipi dah protes nanti suami minta mesti laju je bagi!" Perli akak Mira.
YOU ARE READING
Mission Started
ActionMisi demi misi Misi macam mana yang dimaksudkan? "Okay aku maafkan tapi tu lah aku tetap nak nyawa kau" aku senyum sinis tak aku senyum psiko "Qif habiskan diaorang" arahku pada Qif. Aku turun dari badan Rio dan berlalu dari tempat itu. Bunyi tembak...