Part 19

2.9K 126 4
                                    

Bertalu-talu ketukan itu di pintu depan rumah aku kalau ia dibiarkan boleh roboh pintu tu dibuatnya tapi kalau pintu tu dibuka pastinya kami terbunuh sebab aku tahu siapa yang datang. Zhask..

Qif lantas bangun dan melangkah ke ruang tamu lebih tepat lagi ke pintu depan. Aku mengekori langkahnya

Qif membuka pintu perlahan-lahan tetapi pintu tersebut ditolak kuat dari luar. Aku terkejut melihat kedatangan Zhask

Zhask meluru menumbuk Qif tetapi Qif pantas menahan tumbukan itu dengan tangannya. Sementara Qif berlawan dengan Zhask aku terus berlari mendapatkan akak Mira di dapur.

"Akak sini" aku menarik tangan akak Mira naik ke bilik aku.

Akak Mira termengah-mengah kerana penat mengejar langkahku

"Ke..kenapa?" Soal akak Mira setelah kami tiba di bilik. Aku diam membisu dan mengunci pintu bilik.

Aku menarik pintu almari mencari ves kalis peluru. Aku terus memakai ves tersebut dan menyarung hoodie supaya ves tersebut tidak kelihatan.

Pistol Glock 18 yang berada di dalam laci meja aku capai kemudian satu lagi pistol jenis Glock 19 aku berikan pada akak Mira. Akak Mira menggeleng tidak mahu

"Ambil pistol ni please it's for your safety" pujukku lembut sambil menghulurkan pistol tersebut padanya. Akak Mira menolak pemberianku

"Akak tolonglah akak teringin nak mati ke?" Nadaku kini lebih tegas tetapi perlahan takut didengari Zhask. Akhirnya akak Mira akur dan mengambil pistol tersebut.

Picu pistol aku tarik begitu juga akak Mira. Aku menyuruh akak Mira untuk bersembunyi di belakang pintu sebagai langkah keselamatan.

"Lis..." Zhask memanggil namaku dengan nada seram

"Mana kau menyorok budak?" Aku dengar bunyi derapan tapak kaki mendekati pintu bilik di mana aku bersembunyi

"Lisss..bukalah pintu ni" jantungku hampir luruh ketika Zhask mengetuk pintu bilikku.

Gulp. Aku memandang akak Mira dengan pandangan sayu.

Dummm!

Dengan satu tendangan Zhask telah berjaya memecahkan pintu bilikku. Pistol aku gengam erat

"Hi" Zhask senyum sinis.

"Kau tahu kan kenapa aku datang sini?" Soalnya dingin.

Aku menikam tepat ke anak matanya

"Tak tahu" jawabku pendek

"Takkanlah kau tak tahu sedangkan aku sendiri yang suruh Ash call kau bagitahu tentang kedatangan aku hari ni" Zhask melangkah setapak mendekatiku

Aku hairan macam mana dia boleh tahu? Dia suruh Ash telefon aku? Apa semua ni?

"Pelik ke?...Macam ni lah Lis kau sebenarnya dah terjerat dalam permainan kami" jelasnya sinis. Otak aku masih tidak boleh mentafsir apa yang berlaku

"Tak faham lagi ke?err.. semua budak Yakuza dah sailang kau..diaorang semua dah jadi ahli scorpion" jeda Zhask

"Nak tahu kenapa diaorang masuk scorpion? Huh sebab diaorang marah budak macam kau ni jadi ketua diaorang budak mentah" sambungnya. Telingaku panas mendengar semua caciannya

Belum sempat aku menarik pelatuk pistol Zhask pantas menendang pistolku jatuh ke lantai.

"Tak ada senjata dah?" Ejeknya. Aku menarik nafas sedalamnya

Dush

Satu tumbukan tepat dikenakan pada perutku hingga membuatkan aku terduduk menahan sakit. Padu!

Mission StartedWhere stories live. Discover now