Kehidupan aku dengan yang kehidupan orang lain memang sungguh jauh berbeza. Kau ingat ada ke orang jadi boss pada usia yang memang betul-betul muda dan paling tak masuk akal aku jadi mafia sedangkan aku masih bersekolah.
Kalau ada award untuk para MAFIA aku rasa aku akan dapat the youngest excellent mafia of the year cehh excellent konon haha.
Masa berganti masa dan paling tak aku sangka aku dah setahun jadi mafia. Bunuh orang,belasah orang semua tu dah sebati dalam hidup aku sekarang.
Aku kira setiap orang yang aku bunuh. Nak tahu berapa orang aku dah aku tamatkan nyawa mereka? Okay aku bagitahu setakat ni baru beberapa orang je. Sikit kan? Hmm tunggu dulu nanti aku akan tambah jumlah tu . Kau orang tunggu je.
Pow!
Pow!
Pow!
Sekali lagi aku gunakan pistol kegemaranku untuk membuat perkara keji ini.
Tiga orang lelaki dengan mudah tewas padaku.
"Lain kali kalau nak cari makan..cari tempat lain bro jangan potong line gua" ujarku selepas melepaskan tembakan pada mereka bertiga.
"Dah jum chaw aku busy ni" ujarku seraya menarik lengan Ash untuk mengekoriku.
Ash akur lalu membuntutiku dari belakang.
Perjalanan kami ketika di dalam kereta sungguh sunyi tiada suara kedengaran antara kami semua. Dahsyat betul selalu Ash banyak mulut pasti ada je lawak hambar keluar dari mulutnya tetapi berbeza untuk kali ini.
Aku pelik...
"Cik muda seronok ke hidup macam ni?" Soal Ash tiba-tiba sekali gus memecah kesunyian antara kami.
Aku memandangnya dengan riak tidak faham.
"Apa maksud kau?" Soalannya aku jawab dengan soalan
"Maksud saya cik Muda gembira jadi sebahagian da.." soalan Ash tergantung dek kerana telefonku berbunyi minta diangkat.
"Kejap" aku mengangkat tangan di hadapan muka Ash.
"Hello cik Muda" sapa Natrah dari corong telefon
"Sawadikap kenapa call saya Nate?" Sapaku
"Cik muda masuk office ke tak hari ini?" Soal Natrah
"Masuk..i'm on my way there maybe in 20 minutes i'll be there why you ask me?" Soalku mahukan kepastian
Natrah diam seketika lalu berkata "oh saya cuma nak cakap ada dua orang lelaki cari cik Muda dan mereka masih dekat sini tunggu cik Muda" ucapnya
"Okay biar diaorang tunggu saya..ok bye" aku terus menamatkan panggilan lalu telefon bimbitku aku simpan di poket seluarku.
"Oh tadi kau tanya apa Ash? Aku happy ke tak ada dalam gang ni? Ofcourse i'm happy apa lah kau ni" jawabku pada soalan Ash tadi. Ash aku lihat seperti tidak berpuas hati dengan jawapanku. Alah lantak dialah!
"Yoq bawa aku pergi office" suruhku pada Yoq. Yoq menganggukan kepala.
~
Aku mengetuk meja Natrah yang kelihatan sangat sibuk hingga tidak perasan kehadiranku di hadapannya.
"Eh cik Muda" katanya dengan riak muka terkejut
"Ni hao ma..sibuk nampak" perliku padanya
"Biasa je" jawabnya malu-malu
"Mana orang yang nak jumpa saya tadi?" Aku mencari orang yang dimaksudkan Natrah
Natrah memuncungkan mulutnya pada dua orang lelaki yang duduk di atas sofa.
YOU ARE READING
Mission Started
ActionMisi demi misi Misi macam mana yang dimaksudkan? "Okay aku maafkan tapi tu lah aku tetap nak nyawa kau" aku senyum sinis tak aku senyum psiko "Qif habiskan diaorang" arahku pada Qif. Aku turun dari badan Rio dan berlalu dari tempat itu. Bunyi tembak...