Part 14

3.6K 147 2
                                    

Ash memberhentikan kereta berhampiran kedai mamak dek kerana bossnya kehausan.

Selepas saja aku menutup pintu kereta Rio menghampiriku.

Ash aku lihat sudah duduk di kerusi membelakangkan kami.

"Haa kau nak cakap apa Rio?" Soalku pantas

"Aku.."

"Weh cepatlah sikit nanti Ash nampak kita pula tadi kata tak nak Ash tahu" gesaku

"Aku... sebenarnya suka kau" jujurnya. Zappp jantung aku bagaikan terhenti.

Rio suka aku?

Apakah?

Aku menarik nafas dalam-dalam

"Aku pun suka kau tapi tu lah kau kerja haram kau boleh bayangkan tak kalau kita bercinta lepastu nikah kau nak bagi aku makan apa? Makan dengan hasil kerja haram kau? Aku ada kerja tetap aku sendiri walaupun aku tak ada diploma ataupun Phd dan yang paling penting kerja aku halal. Haa kalau kau? Nafkah tu semua kau pernah fikir? Aku tak nak bercinta sebelum nikah ni semua sebab couple tu berdosa dalam Islam jadi bila kau dah ada kerja tetap dan kerja tu halal haaa kau datang rumah aku bawa rombongan pinang aku boleh?" Terangku pedas. Rio mengangguk. Haa dia angguk?

Dia terimalah apa aku cakap ni?

Tak terasa langsung?

Alahai Rio makin sayanglah macam ni

"Okay jum" ajak Rio

"Ke mana?" Soalku hairan. Eh dia ni takkan tak terkilan langsung kot dengan apa yang aku cakap.

"Ke hati aku" Rio mengenyitkan mata

Wahh ke hati lah. Saya nak masuk yeay!

"Eh kau ni tadi kata haus haa ni dah sampai jum..Ash pun dah orderkan air untuk kita tu" Rio menarik lengan baju aku masuk

~

Aku berguling-guling di atas katil. Aku tak sangka Rio suka aku.

Ni kes besar ni hahaha.

Aku tersengih sendiri

Tapi tadi Rio kata Ash pun suka aku? Gila ke apa diaorang ni?

Ataupun diaorang berdua ni sengaja pura-pura suka aku sebab nak kikis harta aku?

Ini tak boleh jadi aku kena ambil tahu kenapa diaorang suka aku tak mungkinlah diaorang boleh suka aku tiba-tiba

Disebabkan memikirkan hal remeh ni aku tak boleh tidur jadi jum kita geledah sosial account mamat dua ekor ni

Aku menghadap laptop yang baru aku bawa dari pejabat. Instagram aku tekan dan dalam beberapa minit aku sudah dapat menceroboh account instagram Ash.

Lah pelik ke macam mana aku boleh log in instagram diaorang? Aku mahir dalam bidang IT ni semua setakat hack kerja mudah je lah untuk aku.

Aku buka dan mula mencari "emm tak ada apa pun" monologku. Agak bodoh jugalah sebab aku buka instagram memanglah tak ada apa hahaha.

Kemudian aku menekan wechat agak sukar untuk menceroboh wechat seseorang tapi saya memang suka benda mencabar ni.

Dengan berbekalkan id wechat aku akhirnya dapat melog masuk.

Pertama aku buka wechat Ash

Moment Ash tak ada apa yang penting hanya ucapan selamat pagi dan good night sahaja yang ada. Jambu betul mamat ni

Aku membuka bahagian favourite. Aku terkejut.

Mulut aku terlopong melihat segala yang difavourite olehnya.

Mission StartedWhere stories live. Discover now