Part 15

3.6K 138 0
                                    

Mira menolak pintu ruangan pejabat Lis. Lis tidak perasan akan kehadirannya kerana sedang sibuk menyiapkan kerjanya yang tergendala.

"Adik.." sapa Mira.

Aku terkejut mendengar panggilan itu. Akak ada dekat sini? Aku cuba untuk tidak menghiraukannya.

"Adikkk" lirih akak Mira

Aku memandangnya sekilas kemudian kembali menyambung kerjaku.

"Adik masih marah dengan akak ke?" Soal akak Mira tiba-tiba. Aku lihat tubir matanya mula bertakung. Aku mengangguk.

"Adik tak boleh maafkan akak?" Soalnya lagi. Aku menggeleng.

"Kalau adik dah maafkan akak..akak nak adik balik rumah boleh?" Pinta akak Mira padaku.

Aku mencapai pistolku yang berada di laci meja kemudian aku acukan tepat pada akak Mira. Akak Mira terkejut

"Tak payahlah nak terkejut sangat bukan ke saya dah cakap kalau saya jumpa akak lagi i will shoot you remembered huh? " aku senyum sinis.

"Tembaklah akak kalau tu yang buat adik bahagia..tembak!" Jerit akak Mira.

Pow

Aku lepaskan tembakan ke dinding sebagai amaran.

"Get lost of my office!" Halauku. Aku lihat bahu akak Mira terhinjut kerana terkejut.

Akak Mira meraih tanganku namun aku pantas mengelak.

"Please i said get out" suara aku mula merendah

"Tapi.."

"Saya cakap baik-baik ni susah sangat ke akak nak faham? Tolong berambus dari bilik saya SEKARANG!" Sengaja aku tekankan sekarang supaya dia mudah faham.

Aku meletakkan pistol di meja. Akak Mira aku lihat sudah berputus asa dan akhirnya dia keluar juga.

Aku terus mencapai kunci kereta dan berlalu ke tempat letak kereta di bawah.

Kereta aku pandu tanpa arah tuju lantaklah aku dah penat dengan drama manusia lebih baik aku tenangkan fikiran.

Handphoneku berbunyi dengan malas earphone aku pasang di telinga kemudian panggilan itu aku jawab.

"Hello" sapaku

"Hello sayang kenapa tinggalkan office macam tu je tadi dan kenapa ada bungi tembakan tadi? ..did you shoot your sister? Gila ke haa?" Soalnya bertubi-tubi. Aku mula menyampah.

"Eh babe nanti i call you balik i tengah drive ni" aku terus menamatkan panggilan. Padan muka kau siapa suruh banyak tanya sangat!

Aku membuang pandangan ke sungai biarlah apa nak jadi sekali pun beri aku ruang untuk menghargai ciptaan Allah buat seketika.

Bahu kanan aku disentuh oleh seseorang dari belakang. Aku pandang. Tak ada siapa pun.

"Hai" ucap Qif di sebelahku tiba-tiba. Bila dia ada dekat sebelah aku ni?

"Em" balasku

"Mana kau tahu aku ada dekat sini?" Soalku

"Aku follow belakang kau tadi hehehe" Qif membuat peace dan digayakan di mata.

"Comel sangatlah dia ni" aku cubit kedua pipinya kuat hingga mulutnya memuncung.

"Mestilah comel macam sayang" giliran Qif mencuit hidungku. Aku malu.

"Tak payahlah panggil sayang kalau dekat luar ni malulah weh" aku kembali memandang sungai.

"Sejak bila puteri, beta ni reti malu-malu harimau ni?" Ketawa Qif meletus.

Mission StartedWhere stories live. Discover now