Rasa macam kelakar pula bila mana orang yang pernah culik kau dulu kini dah datang rumah kau untuk meminang!
Aku ingat lagi ketika Qif menyuruh anak buahnya Daniel iaitu jiran aku untuk berjumpa dengannya di Cafe. Our first date masa dekat sekolah dulu !
"Lis jum keluar?" Ajak Qif sebaik saja semuanya selesai.
Aku memandangnya seketika kemudian mengalihkan pandanganku pada akak Mira tapi lebih kepada senyumannya
"Nak ke mana?" Soalku
"Lepak cafe" jawab Qif.
Aku hiraukan kata-katanya aku tak pernah nampak akak Mira senyum macam tu.
"What are you looking at?" Qif melihat arah yang aku perhatikan.
"Kenapa tengok dia?" Soal Qif tiba-tiba. Aku memusingkan badan melihat tepat ke arah matanya
"Aku tak pernah tengok akak senyum selebar tu" ujarku perlahan
"Dia senyum sebab kau..dan kau sepatutnya gembira bukannya sedih macam ni" Qif merenung anak mataku. Malulah
Aku mengukir senyuman buatnya.
"Kau nak ajak aku lepak cafe ke? Jumlah aku pun lapar ni" aku memegang perutku sambil membuat muka sedih
"Gedik" Qif menarik lengan bajuku membuatkan aku terdorong ke hadapan. Kurang asam!
Cafe here we come!
Qif memilih tempat biasa iaitu di bawah kipas berhadapan dengan tv bersebelahan dengan akurium. Aku terleka melibat gelagat ikan-ikan tersebut
"Boss besar dengan boyfriend nak makan apa?" Soal seorang pelayan di situ. Boss besar ialah gelaran biasa untuk aku
"Macam biasa" jawab Qif. Dia berlalu pergi.
"Tak sangka kan" Qif berkata perlahan
"Tak sangka apa?" Soalku hairan.
"Tak sangka kau budak selekeh dekat sekolah dulu bakal jadi isteri aku tak lama lagi" perli Qif.
"Tak pernah sangka kan? Satu sekolah aku dulu tak tahu pun kau boyfriend aku" aku ketawa kecil mengimbas perkara itu.
"Kita tak kecoh memanglah..ingat tak masa pertama kali kita jumpa?" Qif menyoalku. Gila tak ingat zaman gemilang tu eh aku setiap masa gemilang maksud aku zaman selekeh dot com dulu haha
Qif si lelaki periang yang buat aku gembira bila bersamanya. Setiap masa setiap jam setiap minit aku tetap akan membalas messages, wechat, whatsAp dia tapi tak pernah aku berjumpa dengannya.
'esok aku ada pidato dekat sekolah kau jangan lupa tengok' -Qif
'nak lupa macam mana kan aku masuk juga'
'haah juga eh hahaha aku lupalah. Ok jumpa esok😛' - Qif
Tangan aku pantas menaip mendengar bunyi mesej masuk 'siapa nak jumpa kau? Aku nak jumpa buah hati aku esok maaf'
'huhuhu😣jumpalah tak apa aku tak kisah aku pun ingat nak cuci mata esok nak cari girlfriend baru' aku membuat muka menyampah
'Teringin nak makan kasut aku?' Aku geram
'Tau jeles habistu kau ingat aku tak jeleslah?' -Qif
'whatever. Jumpa esok bye'
'good night org gila sweet i love you hate you miss you bye😍😘' -Qif
'gedik!'
Dan akhirnya hari pidato tiba seperti yang dijanjikan aku bertembung dengan jejaka pujaan aku. Qif depan mata!!!
YOU ARE READING
Mission Started
AcciónMisi demi misi Misi macam mana yang dimaksudkan? "Okay aku maafkan tapi tu lah aku tetap nak nyawa kau" aku senyum sinis tak aku senyum psiko "Qif habiskan diaorang" arahku pada Qif. Aku turun dari badan Rio dan berlalu dari tempat itu. Bunyi tembak...