"Sir nak apa?" Soal Mira apabila tiba di pintu Mr kamal
"Mira masuklah dulu" ramah Mr Kamal
Mira masuk tanpa ragu dan duduk berhadapan dengan Mr Kamal meja menjadi penghalang antara mereka berdua
"Saya dengar cerita ayah awak baru meninggal betul ke?" Mr kamal memulakan bicaranya
"Betul kenapa?" Mira menjawab pertanyaan itu sambil matanya sibuk meneliti setiap inci bilik Mr Kamal
"Saya baru nak rancang nak bawa rombongan meminang ke rumah awak" Mr Kamal memandang tepat ke arah anak mata Mira
Woww this is ridiculous! Dia nak kawin dengan aku?
"What nonsense yang sir merepek ni? Kita tak kenal pun. I just know you as my lecturer not more than that. Gila ke sir nak kawin dengan saya?" Mira ketawa kecil setelah menghabiskan ayat terakhirnya
"Tapi saya suka awak Mira" Mr Kamal mencapai tangan Mira yang berada di hadapannya
"Apa ni pegang-pegang saya ni sir. Dosa lah sir" Mira menarik tangannya dari genggaman Mr Kamal yang tiba- tiba miang tak tentu pasal ni
"Saya memang suka sir tapi tak adalah sampai tahap nak kawin semua ni" Mira berkira kira untuk meninggalkan bilik Mr Kamal tetapi dihalang olehnya
"But i love you" ucapnya macho ketika menyebut perkataan keramat itu
"Saya takkan lepaskan awak selagi awak tak nak terima saya. So please accept me Mira" Mr Kamal tetap bersuara dengan nada tenang walaupun Mira sedang memberontak di hadapannya
"I said no means NO!" Mira terus menarik tangannya yang dipegang erat oleh Mr Kamal lalu meninggalkan kamar Mr Kamal dengan segera
"Kurang ajar kau Mira. Okay aku akan pastikan kau menderita sebab tolak cinta aku!!" Jerit Mr Kamal lalu ketawa sendiri
"Wait and see Mira..kau belum kenal siapa aku" Mr Kamal terus menerus ketawa sendiri
----------------------------------------------
Aku menjejakkan kaki di office susu dan seperti biasa mereka tetap mengucapkan GOOD EVENING pada aku dan aku hanya membalas ucapan itu dengan senyuman
Handphone yang terletak di kocek seluar aku berbunyi minta diangkat. Panggilan tersebut aku jawab
'Hello' ucapku ketika aku meletakkan telefon di cuping telinga
'Hello cik muda..Ni saya Ash, saya call awak nak bagitau tentang operasi kita malam ni. Geng scorpion nak jumpa kita dekat tempat diaorang pukul 10 nanti. Awak on tak?' Suara Ash kedengaran di balik asus aku
'Okay nanti aku datang' aku terus menamatkan panggilan tersebut dan aku terus melangkah ke ruangan pejabat aku
"Fuh nasib akak tak ada kalau tak menyibuk je dia tu dekat sini rembat jajan aku" aku membuka almari makanan aku dan mencapai pringles
"So aku nak buat apa sekarang? Pandang je ke kertas ni semua?" Tutup pringles aku buka kemudian aku masukkan satu persatu kerepek kentang itu ke dalam mulut
Tangan aku menarik laci meja di sebelah kanan dan aku mula menyelongkar.
"Em tak ada apa"
Aku menutup kembali laci itu dan menarik laci yang lain pula dan kali ini ada satu sampul berwarna coklat tetapi berbonjol menarik perhatianku
"Apa ni?" Aku belek sampul tersebut dan tanpa membuang masa aku membuka sampul itu dari bahagian atas untuk melihat apakah isinya
Sepucuk pistol aku temui di dalam sampul tersebut bersama sehelai kertas yang terlipat
Pistol tersebut aku keluarkan begitu juga dengan kertas itu. Pistol aku letakkan di atas meja manakala kertas yang terlipat itu aku baca
Kalau lis dah baca surat ini bermakna papa telah tiada di dunia. Papa minta maaf kerana terpaksa menjadikan lis sebagai pengganti papa menjadi mafia. Papa tiada pilihan. Hanya kamu yang layak. Akak mira kamu tidak layak kerana dia tidak sehebat kamu. Papa nampak potensi kamu untuk berlawan walaupun kakak kamu juga bersama sama kamu memasuki seni mempertahankan diri tapi dia tetap tidak dapat mengalahkan kamu begitu juga dengan papa. Jadi dengan ini papa meminta supaya kamu dapat menuruti permintaan terakhir papa. Maafkan papa kerana menyusahkan kamu. Maafkan papa kerana telah menyakitkan kamu dengan tatu di badan kamu. Maafkan papa. Papa rindukan kamu lis. Doakan yang terbaik ye buat papa. Assalamualaikum
-papa-
Air mata yang mengalir di pipi aku kesat dengan hujung jari. Rupanya selama ini papa telah menguji kebolehan aku dan akak Mira. Aku gembira kerana bukan akak Mira yang terpilih sebab aku takut dia dipergunakan orang lain tetapi aku takut juga akan keselamatan diri aku . Mungkin lepas ni ramai yang buru aku?
"Adik?" Suara akak Mira aku dengar dari balik pintu. Dengan pantas aku menyimpan pistol dan surat kembali di laci asalnya
"Ya kak? Masuklah" aku menjemput akak Mira masuk ke ruanganku
"Baru sampai ke Lis?" Akak Mira terus melabuhkan punggung di kerusi hadapanku kemudian mengambil pringles tanpa keizinan aku
"Wahh ambil jajan adik lagi? Lain kali belilah sendiri kak" aku merampas pringles dari tangan akak Mira dengan baik tetapi tidak berjaya
"Akak ambil sikit je kot. Kedekut!" Akak Mira terus mengunyah pringles aku tanpa rasa bersalah. Kurang asam!
"Adik, akak nak story ni tadi kan pensyarah akak ajak akak kawin dengan dia" selamba saja ayat itu keluar dari mulut kakak
"What? Serious? Then you accept him or not?" Aku terkejut mendengar cerita akak Mira
"Ofcourse no..kau belum habis sekolah lagi takkan akak nak kawin dulu pula" akak Mira terus mengunyah pringles aku tanpa henti.
"Peh lis terharulah macam ni" aku terkekek ketawa begitu juga dengan akak Mira. Ketawa tak ingat dunia!
"So cepat sikit besar supaya akak dapat kawin awal" seloroh akak Mira
"Eeeee miangnya akak" sambil mendengar akak aku membuat lawak aku membuka laporan yang berada di atas meja aku
Aku baca setiap kandungan laporan itu dengan teliti. Papp! yes aku tak paham satu apa pun tentang laporan ni hahaha hebat kan aku?
"Akak bacalah isi laporan tu then akak signkan for me. Adik malas nak baca. Better adik buat homework yang cikgu bagi tadi lagi bagus" aku bangun dar kerusi kerjaku dan berlalu ke bahagian sofa supaya aku lebih selesa untuk membuat kerja
"Anything for you adik" pipi kiriku dicubitnya perlahan.
"Cehhh..ni makin sayang ni" ucapku manja
"Sekolah okay dik?" Soal akak tiba-tiba. Akak masih sibuk meneliti kertas kerjanya
"Okay je..bangunan tak roboh lagi kenapa kak?" Jawabku lurus
Akak Mira menepuk dahinya. Kenapalah dia dapat adik selembab ni
"Akak tanya sekolah okay tak maksudnya adik sekolah okay? Exam okay? Haaa bukannya pasal bangunan elok lagi ke tak" sambung akak
"Ooo...okay je...results macam biasa" aku senyum malu
"Macam biasa? Macam mana?" Soal akak pelik
"Baik tapi adalah dua subjek adik tak boleh skor dengan baik..biasalah kan adik ni manusia tak semuanya adik buat sempurna" aduku dengan muka selamba.
Memang benar ada dua subjek aku tak dapat buat dengan baik. Emm subjek apa lagi kalau bukan matematik tambahan dengan Fizik hahaha apa-apa pun kita kena berusaha lagi yeah! (Kalau cikgu aku tengok ni mesti dia bangga lagi hahaha)
"Cuba lagi nanti..akak tahu kau boleh buat dik" akak Mira memotivasikan aku dengan baik.
Tak sia-sia aku ada akak.
YOU ARE READING
Mission Started
ActionMisi demi misi Misi macam mana yang dimaksudkan? "Okay aku maafkan tapi tu lah aku tetap nak nyawa kau" aku senyum sinis tak aku senyum psiko "Qif habiskan diaorang" arahku pada Qif. Aku turun dari badan Rio dan berlalu dari tempat itu. Bunyi tembak...