Part 5

4.5K 185 0
                                    

Setelah siap makan malam bersama akak Mira, aku mandi dan merapikan diri untuk mission aku yang seterusnya.

Hoodie hitam aku sarungkan dan dizip. Topi adidas di almari topi aku capai dan aku sisipkan di atas kepala. Gaya orang jahat sikit malam ni baru gempak!

Kereta perdana aku menyusur laju di atas jalan dan berhenti di bangunan lama JALAN AMPANG

"Cik muda sudah sampai. Apa khabar sama lu boss" ujar lelaki berloghat yang dikenali Lan

"Emm" balasku pendek pada Lan si mamat tak hansem ni

"So kau kata scorpion nak jumpa aku? Siapa batman?" Aku melabuhkan punggung di kerusi yang telah disediakan khas buat aku

"Scorpion tu local customer senjata kita" ash mendekati mejaku

"Oh kita ni supplierlah? Kita jual apa?" Soalku lurus sedangkan tadi dia ada cakap tentang 'senjata kita'

"Kita jual banyak 'barang' " jawab Yoq di bucu dinding bilik kerja baru ku

"Betul tu....kita jual senjata" ash mengeluarkan satu senapang jenis m-16 dari sebuah kotak lalu diberikan pada aku.

Gulp

Tangan aku mula menggeletar ketika memegang senjata itu tapi demi tampak hebat depan mereka aku cuba untuk mengawal perasaan takutku

"Ni baru sikit cik Muda, banyak lagi stok kita dekat stor belakang" aku menggangukkan kepala sebagai isyarat yang aku memahami penjelasannya

"Kita pun jual ubat" Que mula mengoyakkan sebuah lagi kotak berhampirannya

"Ubat apa? Ubat batuk?" Soalku bodoh

Serentak dengan itu satu plastik berisi serbuk putih mendarat di depan mata aku. Aku menyentuh serbuk itu dari luar plastik

"Dadah" selamba saja Que menghabiskan ayatnya setelah membaling plastik putih itu di meja aku

Hampir tercabut jantung aku apabila mengetahui serbuk yang aku sentuh tadi ialah dadah. Jadi inilah rupa dadah? Maklumlah selama ni asyik tengok dekat televisyen je itu pun dekat berita.

"Lain? Kita jual apa lagi?" Aku menyoal mereka lagi tanpa ragu sedangkan jantung aku sudah berdegup kencang

"Itu je. Lain daripada tu kerja kita adalah bunuh orang,tembak orang,tikam orang" Rio,lelaki hansem kulit putih menjawab pertanyaanku

Sekali lagu jantung aku terasa macam nak tercabut. Diaorang ni bunuh orang? Kau ni lis bongok sangat kenapa? Nama pun mafia takkanlah tak bunuh orang

"Okay tu je aku nak tahu. Tadi Lan cakap dekat aku batman nak jumpa pukul 10 ni so bila kita nak gerak? " aku cuba mengawal suaraku supaya diaorang tak anggap aku dalam ketakutan

"Kita gerak sekarang. Kau tak payah buat apa budak kecil. Kau cuma ikut kitaorang dan dengar apa yang kitaorang bincangkan paham?" Rio senyum sinis pada aku. Apa masalah dia ni? Muka dah hansem perangai macam binatang pink!

------------------------------------------------------

Mira menjeguk bilik adiknya untuk melihat adakah dia dah tidur atau belum. Bukan boleh percaya sangat budak kenit sorang ni

Tombol pintu dipulas kemudian Mira melangkah masuk ke dalam bilik Lis. Mira melihat ke katil king milik Lis. Mira melihat Lis sedang tidur berselubung hingga tidak menampakkan kepalanya.

'Tak panas ke budak ni?' Ucap Mira sendiri sambil berjalan menuju ke katil

Mira duduk di tepi katil untuk menarik sedikit selimut Lis supaya adiknya dapat bernafas dengan baik

Mission StartedWhere stories live. Discover now