Part 8

4.1K 181 17
                                    

Aku membuka mata dengan payah. Mataku berpinar kerana terlalu lama tidur.

"Aku dekat mana ni?" Soalku lemah

"Kau dekat tempat aku.." jawab seorang lelaki tegap di hadapanku

"Kau siapa?" Aku terus bertanya

"Aku Udo musuh bapak kau yang dah mati tu!" Tengkingnya

"Kau nak apa dari aku?" Soalku perlahan

"Aku nak kau mati..aku nak semua keturunan bapak kau mati faham tak?" Jawabnya sinis

"Nak aku mati? Sabarlah dulu aku baru nak rasa macam mana jadi ahli kongsi gelap tak payah terburu-buru" balasku dengan senyum sinis

"Berlagak kau ni.." satu tumbukan hinggap di perutku. Mukaku berkerut menahan sakit

Tangan dan kakiku yang terikat membuatkan aku tidak dapat mengelak tumbukan itu

"Tu je kau ada? Tumbuklah lagi..lembik sangat kau ni" ujarku sekali gus memarakkan api kemarahan dalam dirinya

Satu lagi tumbukan hinggap di pipi kananku. Tak kurang dengan itu pipi ku juga turut ditamparnya kuat.

"Lagi...kenapa berhenti ni..cepat pukul lagi aku tak sabar ni" ucapku sinis

"Arghhh" mukaku ditumbuk berkali-kali hingga cecair merah keluar dari bibirku. Aku dapat rasa bibirku kini terkoyak.

Aku menahan sakit.

"So nak lagi?" Soalnya

Aku menganggukkan kepala

"Tahan lagi kau ye" dia terus menyakitkan tubuhku dengan pukulan dan tamparan tanpa rasa belas kasihan. Aku kian lemah setiap anggota tubuhku terasa sakit.

"Dah rasa sakit sekarang?" Dia ketawa kecil

"Lain kali kalau tak hebat tak payah nak gempak sangat cakap tu..." mukaku diludahnya

Dia mula melangkah pergi tetapi..

"Bro.." ucapku. Udo memalingkan muka ke arahku

"Tak bestlah kalau kau je pukul aku tangan aku pun teringin nak hentak kau juga" aku senyum sinis. Darah yang keluar dari mulut aku ludahkan ke kasut Udo. Padan muka kau!

"Kurang ajar kau kan" Udo terus berlalu pergi selepas dihina olehku.

"Merajuk konon" ucapku selamba

-----------------------------------

Mira masih tidak menyedarkan diri. Mak mah masih setia di sisinya.

Adik...

Papa..

Jangan..

Tinggalkan..

Adik..

Sendiri..

Mak mah terkejut kerana Mira mengingau.

"Adik!" Jerit Mira terbangun dari mimpinya

"Cik mira okay?" Mak mah menghulurkan cawan berisi air masak pada Mira

"Terima kasih" Mira menghirup air tersebut

"Cik Mira mimpi apa?" Soal mak mah lembut

"Saya mimpi adik dengan papa tingglkan saya.." Mira tanpa segan memeluk mak mah

"Jangn risau mak mah ada..doa banyak-banyak Mira" pesan mak mah

"Pak cik mat dah balik?" Soal Mira lemah. Mak mah menggelengkan kepala

Mission StartedWhere stories live. Discover now