Part 3

5.3K 215 5
                                    

Keesokannya, seperti rutin yang biasa. Aku berangkat ke sekolah pada waktu pagi.

Tiada yang berubah hanya wajah akak Mira pagi ini nampak sugul ye aku tahu dia sedih walaupun senyuman terukir di bibirnya

"Akak okay? You look terrible" soalku

te'o di cawan aku cicip ceh tak pun aku hirup je takdenya nak cicip cicip ni

"I'm fine" ujar kakak

Dia mencedok nasi goreng di pingannya dan bukan buat aku

"Ingat adik baru lahir semalam ke? Adik tahulah akak ada masalah. Cuba kongsi dengan adik mana tahu adik boleh tolong " tuturku tenang

Aku turut mencedok nasi goreng ke pinggan seperti yang akak buat tadi

"Tak ada yang penting pun. Kau ni dik banyak sangat soalnya. Cepat sikit makan tu lepastu pergi sekolah. Menyibuk je" bebel akak

Akak menyuap nasinya ke dalam mulut

"Awal pagi ni dah kena membebel. Ye lah adik nak pergilah ni. Bye" aku tarik muka dan terus berlalu pergi

"Merajuklah tu" ejek akak Mira

Dia terus mengejek apabila melihat muka aku yang berubah reaksinya dan terus berlalu meninggalkan dia sendiri.

"Tak payah mengada dik ! Kau datang sini balik habiskan nasi goreng kau ni" laung akak Mira.

Aku tersengih lalu memusingkan badanku dan terus kembali ke meja makan

------------------------------------------

Again and again hidup aku kembali bosan. S E K O L A H  7 huruf yang sememangnya aku tak suka tapi aku terpaksa juga pergi untuk apa? Untuk tuntut ilmu (ni kalau cikgu aku tengok mesti dia bangga dapat anak murid macam aku hmm)

Aku berjalan santai ketika menjejakkan kakiku di sekolah. Dan seperti biasa aku menjadi tatapan ramai apabila aku melintasi para pelajar SMK CONVENT. Eh please geli tahu tak?

"Hai lis" sapa Zarith dari belakangku.

Zarith si montel. Tak reti bagi salam agaknya budak ni

"Semalam birthday aku so means today your birthday lah kan?kau kan lambat sehari tengok bumi daripada aku" aku ketawa kecil manakala Zarith sudah ketawa terkekeh-kekeh

"Aku ingat kau lupa . Thank you lis. Hadiah?" Tangan Zarith terbuka untuk meminta hadiah daripada aku

Aku tak tahu nak bagi apa dekat dia sebab semalam aku tak pergi kedai habistu nak bagi apa ni? Bagi batu je boleh tak?

Aku menyeluk poket baju kurungku. Dompet adidas aku buka, RM20 aku ambil.

"Nah" RM20 tersebut aku berikan pada Zarith sebagai hadiah hari jadinya

"RM20? SERIOUS NI? thank you lis" Zarith memeluk erat diriku dari sisi seperti yang selalu dia lakukan.

Setelah berada di dewan,pengawas meminta semua ketua tingkatan untuk menghantar kehadiran kelas masing masing. Dengan lemah aku mengira jumlah rakan kelasku hingga 17 orang dan seperti yang aku sangka pasti ada seorang yang tidak ada dalam barisan.

Wardina

Mana budak bertuah tu merayap?

"Lis! Mana Wardina?" Suara tegas pn Norita berdesing di rongga telingaku. Sakit telinga aku kalau hari-hari macam ni!

"Sa..saya tengah cari dia lah ni" jawabku

Aku menyumpah Wardina di dalam hati kerana disebabkan dia aku dibebeli pn Norita pada pagi ni dan membuatkan aku menjadi tatapan murid lain.

Mission StartedWhere stories live. Discover now