Adrian menumbuk pokok yang berada di hadapannya. Dia sebenarnya tengah bengang dengan apa yang jadi sekarang ni. Istana kena serang. Dia hampir dibunuh. Dan sekarang ni, Ariana pulak hilang tanpa sebarang jejak.
Dia teruskan aktiviti menumbuk pokok di hadapannya.
Mereka (Bella,Katylia,Nadia,Permaisuri Evinda, dan Erisha) hanya melihat perlakuan Adrian itu.
Diorang sekarang ni tengah berkumpul dekat taman diraja istana Fantasia."Abang! Dahlah tu tumbuk pokok tu. Bisinglah." Kata Erisha.
"Betul tu Adrian. Cubalah kamu bawak bertenang sikit. Kitaorang pun risau jugak." Tegur Katylia pula.
"Nak tenang apanya aunty. Sekarang ni, Ariana diculik tau. Diculik. Dia tu dahlah masih baru dekat sini. Kalau jadi apa apa macam mana." Jawab Adrian.
"Sudahlah tu Adrian. Saya tak rasa yang Ariana tu diculik." Kata permaisuri Evinda.
"Kenapa pula tuanku cakap macam tu?" Tanya Nadia pelik.
"Saya pun tak tau. But saya rasa memang Ariana tak diculik. Dia cuma menghilangkan diri je." Terang permaisuri Evinda.
"Kalaubetullah dia hilangkan diri dia, bila dia nak balik? Bila? Pergi pun macam tu je." Kata Adrian.
"Saya sendiri pun tak tau. Tapi apa yang penting sekarang ni hanya boleh berharap supaya Ariana baik baik sahaja." Kata permaisuri Evinda lagi.
Mereka semua hanya menganggukkan kepala.
♡♡♡
Bella termenung seorang diri di luar rumah. Selalunya kalau waktu waktu macam ni Ariana yang akan menemaninya. Tetapi kini, dia berseorangan. Dia teringat perbualannya bersama Ariana minggu lalu.
Flashback ...
"She must be a good friend"
"Yes she is"
"Saya tak kenal dia siapa, tapi saya janji saya akan menjadi orang yang rapat dengan awak sama seperti dia."
"Untuk bersahabat, kita tak perlu jadi orang lain. Cukuplah kita jadi diri sendiri. Awak tak perlu jadi sebaik dia.
Ada dengan awak pun saya dah gembira." Kata Ariana tersenyum."Terima kasih Ariana .."
Mereka berpelukan untuk beberapa ketika..
End flashback..
"Terima kasih Ariana. Saya akan sentiasa doakan supaya awak sentiasa selamat tak kira di mana awak berada sekarang ni." Kata Bella sendirian.
♡♡♡
Seorang perempuan muncul melalui portal tepat tepat di hadapan istananya.
Pengawal yang menjaga pintu istana itu bertanya lepada perempuan itu.
"Siapa kamu?" Tanya pengawal itu.
Perempuan itu menurunkan kerudungnya.
Pengawal itu terus menunduk melihat perempuan itu."Dah dah la tu. Ni tolong beta angkat perempuan ni. Berat sangat. Tak larat." Kata perempuan itu lagi.
Tanpa banyak soal pengawal itu terus membantu perempuan itu mengangkat perempuan yang dibawanya tadi.
Seusai itu dia masuk ke dalam istananya.
"Tuan puteri! Mana tuan puteri pergi? Tau tak kitaorang semua risau bila sedar yang tuan puteri takde dekat istana." Marah seorang perempuan sebaik sahaja dia melihat puterinya masuk ke istana.
"Hehe..maaf..tergesa gesa tadi..lupa nak bagi tau.." puteri itu tersengih terhadap perempuan itu tadi.
"Lain kali jangan buat macam tu lagi. Suka sangat buat risau." Kata seorang lelaki yang baru sahaja tiba di situ.
"Yelah..dah dah korang pergilah sana..orang nak rehatlah penat ni.." halau puteri itu.
"Ni saya nak tanya ni. Tadi pengawal bagitau yang tuan puteri bawak seorang perempuan siapa perempuan tu?" Tanya perempuan tu lagi.
Tapi tuan puteri tu hanya tersenyum dengan senyuman seribu makna.
"Perempuan tu sebenarnya.."
♡♡♡
Ariana membuka matanya. Dia melihat ke arah sekelilingnya.
Sekarang ni dia berada dia satu tempat seperti padang rumput yang luas dan sekelilingnya putih sahaja.
'Aku dekat mana ni?' Bisik hati Ariana.
"Ariana" panggil seseorang.
Ariana memusingkan badannya ke arah belakang. Kelihatan seorang perempuan cantik bergaun merah sedang tersenyum ke arahnya.
"Awak siapa? Saya dekat mana ni?" Tanya Ariana.
Perempuan itu tersenyum.
"Saya Mya. Orang yang ditugaskan untuk menjaga dan melindungi awak tak kira di mana awak berada. Kita sekarang ni ada dekat dreamworld.""Dreamworld tempat apa ni? Pelindung? penjaga? Saya tak fahamlah." Ariana bertambah pening.
"Bangunlah Ariana. Ini bukan tempat awak. Bila awak buka mata awak akan tahu segalanya. Arissa akan beritahu awak." Kata Mya lagi.
"Siapa Arissa?" Tanya Ariana lagi.
"You'll know it. Soon.." sesudah itu dia teeus menghilangkan diri dalam satu cahaya putih.
Ariana menutup matanya kerana silau.
Ariana membuka matanya. Sekarang ni dia tidak lagi berada di tempat itu. Tapi sekarang ni dia berada di atas katil di sebuah bilik yang besar.
Krekk..
Kedengaran bunyi pintu dibuka.
Seorang perempuan masuk dan dia tersenyum melihat Ariana sudah sedar.
"Ah..awak dah bangun.." perempuan itu tersenyum penuh makna.
![](https://img.wattpad.com/cover/92418583-288-k613325.jpg)
YOU ARE READING
Princess Ariana ✔
Fantasy🌠MY MASTERPIECE🌠 It's just if I can fulfil our hope... Ariana ialah seorang budak yang tak tahu dari mana asal usulnya. Dia hanya seorang anak angkat kepada sepasang suami isteri. Satu bilik misteri yang menarik perhatiannya telah membawanya memas...