Malam itu Ariana sangat cantik dalam dress blue pink yang dikenakan di badannya. Bella pula memakai baju berwarna hijau biru
Ariana
Bella
(Cantik kan)
Setelah memastikan pakaiannya semua dah ok,dia keluar ke ruang tamu.
"Wah!cantiknya awak Ariana. Macam puteri!" puji Bella.
"Thanks! awak pun apa kurangnya. Pretty as always." Ariana senyum.
"Ish awak ni. Mana adalah. Biasa je." Kata Bella.
"Dah puji puji tu. Jom pergi nanti lambat pulak." Kata ibu Bella.
Mereka semua terus memakai kasut dan keluar dari rumah.Sangka Ariana mereka ke istana berjalan kaki,tapi rupanya ada yang akan menjemput mereka di rumah.
Seketika kemudian,kelihatan sebiah kereta kuda berhenti di hadapan rumah mereka.Kelihatan seorang lelaki bersut hitam keluar.
"Miss Katylia and family?"kata orang itu.
"Yes" kata Katylia lalu mereka masuk ke dalam kereta kuda.
Kereta kuda itu bergerak dan membawa mereka bertiga ke istana.
♡♡♡
Adrian mengeluh. Kalau nak diikutkan dia nak je duduk dekata asrama akademi tu. Malas nak pergi ke majlis di istana tu. Dia rasa menyesal pulak pergi balik istana tempoh hari.
Flashback...
Adrian menarik nafas panjang. Rasa gementar pulak nak masuk dalam istana. Yelah,dahlah keluar istana tanpa izin. Lepastu buat orang risau and sekarang balik semata mata nak cakap dia malas nak pergi majlis tu.
Dia melangkah ke arah pintu gerbang istana.
Kelihatan dua orang pengawal sedang berkawal di situ.
Adrian berdehem.
Pengawal tu terkejut lalu membuka pintu untuk Adrian.Adrian masuk ke dalam dan terus ke arah bilik permaisuri Maria.
"Bonda ada di dalam?" Tanya Adrian.
"Ya. Tuanku permaisuri ada di dalam."kata pengawal itu.
"Boleh beta masuk?" Tanya Adrian.
Pengawal itu masuk ke dalam bilik untuk memaklumkan kepada permaisuri Maria.
"Ya sudah tentu." Pengawal itu membuka pintu.
Adrian mengambil nafas panjang.
"Bonda.."panggil Adrian.
Permaisuri Maria mengangkat muka apabila menyedari dirinya dipanggil.
Sebaik sahaja nampak muka Adrian.."Hah balik pun anak bertuah ni. Ingatkan dah lupa jalan nak balik istana. Kerjanya buat orang orang risau je." Permaisuri Maria mula membebel.
"Kalau tak disebabkan anaknda ada benda nak bagitau,tak ingin anaknda nak jejakkan kaki dekat sini tau." Kata Adrian.
Permaisuri Maria terkejut mendangaear kata anaknya.
"Kenapa kamu kata macam tu?" Tanyanya.
"Anknda malas nak besarkan cerita. Tujuan anaknda datang sini pun sebab nak bagitau bonda yang anaknda taknak pergi majlis tu." Kata Adrian lagi.
"Apa? Tak boleh. Anaknda kena pergi jugak majlis tu. Semua kerabat diraja Fantasia kena pergi majlis. Tapi disebabkan bonda bermusuh dengan diorang,bonda diminta untuk hantar wakil je. Jadi Adrian kena jadi wakil bonda." Terang permaisuri Maria.
"Leceh betullah.."
End Flashback..
Adrian mengeluh lagi.Di tangannya terdapat sebuah kotak hadiah yang ingin dihadiahkan kepada Erisha. Adrian dengan Erisha memang rapat sejak dari kecil lagi. Tapi disebabkan hubungan keeuh antara bonda mereka,mereka berpisah dan tidak berjumpa lagi.
Adrian mengeluh lagi. Dia mengangkat mukanya dan dia terkejut melihat orang yang tak disangka sangka akan muncul ada di majlis tu.
Dia bangun dan melarikan diri daripada dilihat oleh orang itu.
"Woi Adrian! Kau nak pergi mana tu!" Jerit seorang lelaki.
'Mamat ni nampak pulak' kata hati kecil Adrian.
Dia memusingkan badannya ke belakang untuk melihat orang itu.
Kelihatan seorang lelaki yang lengkap berpakaian diraja berwarana violet sedang berdiri di hadapannya."Kau nak apa?" Tanya Adrian.
"Hai. Nak jumpa kawan lama pun tak boleh ke?" Tanya lelaki tu lagi.
"Takdelah. Kau ni stalker ke apa.mana aku pergi kau ada.aku kat sini pun kau ada"
"Sorry sikit ye. Dah tentu tentu semua kerabat diraja fantasia kena ada kat sini. So kau tak boleh nak persoalkan kehadiran aku dekat sini. Lagipun nanti ...." dia mula membebel.
Sebab tulah Adrian tak suka jumpa dia. Asal jumpa je mesti dia akan dibebel lelaki tu. Penat nak dengar syarqhan dia yang berjela jela tu.
"Yelah putera Edward. Boleh kau berhenti membebel tak. aku dah penat nak dengar kau membebel tak henti henti." Kata Adrian.
Edward tersengih.
Adrian yang malas nak melayan berlalu meninggalkan Edward.Dia ternampak seseoramg yang betul betul menarik perhatian dia ...
YOU ARE READING
Princess Ariana ✔
Fantasy🌠MY MASTERPIECE🌠 It's just if I can fulfil our hope... Ariana ialah seorang budak yang tak tahu dari mana asal usulnya. Dia hanya seorang anak angkat kepada sepasang suami isteri. Satu bilik misteri yang menarik perhatiannya telah membawanya memas...