Maisarah membelek gambar yang telah diframekan itu. Itu adalah gambarnya bersama suaminya dan Ariana, budak perempuan yang ditemuinya 10 tahun yang lalu.
Flashback...
10 tahun yang lalu..
Maisarah keluar untuk membeli barang keperluan rumah untuk dirnua dan suaminya.
Semasa dia berjalan menerusi satu lorong dia terdengar bunyi tangisan seorang budak perempuan. Dengan berbekalkan sedikit keberanian, dia memasuki lorong itu.
Suara tangisan yang didengari semakin perlahan dan lama kemudian tangisan itu tidak lagi didengari olehnya. Dia berjalan disepanjang lorong. Tiba dihujung lorong dia dapati seorang budak perempuan pengsan bersama pakaiannya yang kotor.
"Adik. Adik. Bangun." Kejutnya.
'Mungkin dia pengsan.' Bisik Maisarah.
Dia mencempung budak perempuan itu dan membawanya balik.
Setibanya di rumah..
"Budak perempuan mana yang awak bawa balik ni Maisarah?" Tanya Harris, suami Maisarah.
"Abang, masa saya jalan tadi saya jumpa budak ni pengsan dekat hujung lorong. Saya kesian tengok dia jadi saya bawalah dia balik. Abang boleh rawat dia tak." Kata Maisarah.
"Boleh."
Lalu mereka berdua merawat budak budak perempuan itu dengan penuh kasih sayang.
Dua hari kemudian budak perempuan itu bangun dari lenanya yang panjang.
"Kamu dah bangun." Kata Maisarah yang kebetulan pada masa itu masuk ke dalam bilik budak perempuan itu untuk melawatnya.
"Saya dekat mana?" Tanya budak perempuan itu.
"Kamu ada dekat rumah makcik. Nama kamu siapa?" Tanya Maisarah.
Budak perempuan itu kelihatan sedang memikirkan sesuatu.
"Nama saya Ariana."
"Umur?"
"Tak tau."
"Ok Ariana. Kamu sebenarnya dari mana. Kenapa tadi kamu menangis dekat hujung lorong tu?" Tanya Maisarah lagi.
Tiba tiba Ariana merasakan kepalanya amat sakit sekali.
"Arghh! Sakit!" Jerit Ariana.
Maisarah dah kelam kabut melihat keadaan Ariana.
"Kamu rehat dulu." Kata Maisarah.
Ariana merasakan kepalanya sudah lagi tidak sakit.
"Saya tak ingat apa apa. Saya cuma ingat nama dan umur saya je." Kata Ariana.
"Oh macam tu ke. Macam mana kamu boleh ada dekat lorong tu?"
"Saya tak tahu. Saya sedar sedar je saya dah ada dekat lorong tu. Saya nak keluar tapi saya takut. Saya menangis dan pengsan. Maaf itu je yang saya ingat."
"Oh dan masa saya saya bangun saya jumpa benda ni berdekatan dengan saya." Ariana menghulurkan sehelai kertas kepada Maisarah.
Maisarah mengambil kertas itu.
'I am Ariana. My life is only for Fantasia world. I'm a life saver. Fàńťâśìa au dé pôrtaľ' Ayat yang tertulis di kertas itu.
"Saya tak faham apa maksudnya. Makcik faham tak. Fantasia tu apa? life saver? Saya tak fahamlah." Tanya Ariana.
'Aku mesti siasat benda ni.' Gumam Maisarah.
Sejak haritu Ariana menjadi anak angkat mereka memandangkan dia tiada sesiapa pun di dunia ni. Dan Maisarah dan Harris pun tiada anak sendiri. Mereka juga sedang menyiasat mengenai kertas yang Ariana bagi.
Hinggalah pada suatu hari..
Sekarang ni mereka berdua, Harris dan Maisarah berada di depan sebuah bilik kosong di rumah mereka.
Maisarah membaca ayat di kertas itu.
Setelah dia membaca surat itu satu cahaya mumcul dan menyilaukan pandangan mereka sehingga mereka terpaksa menutup mata.
Kelihatan sebuah portal berwarna warni di hadapan mereka. Seorang perempuan keluar dari portal itu.
"Kau ke yang membuka portal ni." Tanya perempuan itu.
Mereka berdua terkejut. Dalam keadaan yang terkejut mereka berkata.
"Ya."Setelah itu perempuan itu mengenalkan dirinya sbagai Mya. Rupa rupanya Mya ialah seorang perrmpuan yang datang dari dunia lain. Dia juga tahu segala galanya tentang Ariana. Sebelum pergi dia berkat sesuatu.
"Pastikan Ariana tidak tahu tentang perkara ni sehingga umurnya 18 tahun."
Mereka berdua mengangguk.
Sejak haritu mereka menyimpan segala rahsia tentang Ariana di satu tempat yang tidak diketahui orang di dalam senuah bilik dirumahnya. Dan Ariana tidak dibenarkan untuk masuk ke dalam bilik itu.
Sehinggalah pada hari dia memasuki bilik tu..
End flashback..
Maisarah mengesat air matanya.
"Ibu tahu kamu dah masuk bilik tu Ariana. Tapi ibu tak sedih sebab sekarang ni kamu dah kembali ke tempat asal kamu. Ibu gembira sebab budak perempuan yang ibu jaga seorang yang sangat kuat. Abang, Ariana dah pulang. Saya bangga dengan dia."
Dia mengelap frame itu melangkah keluar dari bilik.
♡♡♡
YOU ARE READING
Princess Ariana ✔
Fantasi🌠MY MASTERPIECE🌠 It's just if I can fulfil our hope... Ariana ialah seorang budak yang tak tahu dari mana asal usulnya. Dia hanya seorang anak angkat kepada sepasang suami isteri. Satu bilik misteri yang menarik perhatiannya telah membawanya memas...