Bonus

3.4K 133 27
                                    

" Tolonglah. Sungguh aku rindukan dia."

"Tapi kau sendiri tau dia tak boleh."

"Tolonglah. Aku sanggup buat apa sahaja untuk dia dapat bersama aku."

"Kalau dia tinggal dengan kau, macam mana dengan tugas dia dekat sana."

"Aku sanggup buat apa sahaja supaya dia dapat bersama dengan aku."

"Tapi.."

"Tolonglah Evinda. Cuma kau seorang je boleh tolong aku. Aku perlukan dia."

"Baiklah aku boleh tolong. Tapi kau pun mesti tolong aku untuk cari pengganti dia."

"Aku sanggup buat apa sahaja."

"Baiklah. Kalau macam tu hantar Aqira ke dunia sana. Sebagai pengganti dia."

"Apa?! Kenapa mesti Aqira? Tak boleh ke kalau aku hantar orang lain."

"Kau sudah berjanji dengan aku. Mana mana gadis yang di bawah penjagaan kau akan jadi pelindung dekat sana. Dan sekarang kau nak menidakkan janji kau tu."

"Mesti ada cara lain."

"Sama ada kau sendiri yang pergi sana atau hantar Aqira pergi sana. Ingat! Kalau kau masuk situ kau dah tak boleh kembali ke sini. Ini aku tolong kau pun sebab kau dah terikat dengan dunia kitaorang melalui dia. Tapi peluang ni cuma datang sekali saja."

"Aku..tak sanggup nak lepaskan dia.."

"Kau kata kau akan buat apa sahaja bukan. Jadi kau kena serahkan dia. Buat keputusan yang bijak."

"Aku masih tak yakin."

"Kau kena yakin. Dengan adanya perjanjian sebegini, nasib dunia di sana bergantung pada kau. Mereka perlukan pengganti."

"Baiklah aku setuju untuk hantar Aqira ke sana sebagai pengganti."

"Bagus. Aku akan bagi kau masa tiga bulan untuk luangkan masa bersama Aqira sebelum hantar dia pergi sana."

"Cuma tiga bulan? Dulu kau bagi aku masa 18 tahun."

"Sebab masa tu dia masih kecil. Sekarang ni Aqira tu dah besar panjang. Jadi aku cuma boleh panjangkan sampai 3 bulan sahaja."

"Baiklah kalau kau cakap macam tu."

"Proses perjanjian kita akan berlaku dalam masa yang terdekat ni. Kau cuma perlu tunggu dengan sabar."

"Apa bonda! takkanlah ibu buat macam tu."

"Memang itu yang terjadi. Nak tak nak kamu terpaksa lakukan."

"Kalau saya tak nak buat?"

"Kamu akan kecewakan dia. Kamu sendiri tahu betapa besarnya kasih sayang dia kepada kamu."

"Macam mana pula dengan orang dekat sini? Kawan kawan saya?"

"Semua tu ada jalan penyelesaiannya. Kamu cuma perlu ikut perjanjian yang sudah dimaterai."

"Baiklah. Kalau saya dah tak ada pilihan lain."

"Bonda yakin kamu telah membuat pilihan yang bijak anakku."

"Aku hanya buat perkara ni sebagai permintaan akhir bonda. Sungguh aku berjasa kepadanya selama ni."

Princess Ariana ✔ Where stories live. Discover now