[6] sakit

67 5 2
                                    

Umpama tali hatiku dipermainkan
Umpama mimpi itu hanya igauan
Umpama dongeng kau hambur ketenangan
Umpama malang kau rentap segala kenangan.

Hati sering mencuba menerima
Hati cuba menjernihkan suasana
Hati pedih meninggalkan luka
Hati parah luka dalam tidak bermakna.

Entah apa yang menjadi persoalan
Entah mengapa sering sahaja tidak keruan
Entah siapa yang ingin perpisahan
Entah bagaimana hati ini cuba ditenangkan.

Jauh pergi aku cuba berlagak biasa
Jauh ku cuba semakin tidak berdaya
Jauh dari diriku yang lama
Jauh sudah hatiku entah hilang ke mana.

Ingin sekali aku memutarkan masa
Ingin dipadam segala tangis dan tawa
Ingin berundur daripada mengenal dunia
Ingin belajar apakah itu sebenarnya cinta.

Sakit perit hati berdarah sungguh terasa
Sakit bukan kerana aku kecewa
Sakit ini tidak terzahir entah mengapa
Sakit kerana diri ini tidak lagi sanggup merana.

Bukan Sekadar PuisiWhere stories live. Discover now