[29] Manusia Hanya Pandai Menghukum

27 1 0
                                    

Saat manusia itu jatuh tersungkur ke bumi terduduk perlu simpati,
kau hadir tambah mencaci jatuhkan lagi tolak dia terus ke bumi.

Saat manusia itu tenggelam kehinaan menggapai kepandaian penuh kebodohan ,
kau hadirkan diri  tambah keperitan melemparkan lagi kata hinaan.

Saat manusia itu perlukan masa fikirkan dunia untuk mendapat cara,
kau hadir mendesak perlu segera tiada kata sebarkan lagi kata nista.

Saat manusia itu tempang kudrat tiada adat sakit teramat,
kau hadir sepak menguis kaki ringan tangan langsung tidak berjabat.

Saat manusia itu tabahkan diri cuba meminta segulung simpati,
kau hadir lagi tambahkan api tiada faham tiada empati.

Saat manusia itu terkulai layu menghitung nafas kembali kepada Ilahi,
kau hadir datang harap dimaafi atas segala dosamu yang amat menyakitkan hati.

Manusia hanya pandai menghukum,
tanpa dia sendiri sedar bahawa dialah yang wajar dihukum.

Bukan Sekadar PuisiWhere stories live. Discover now