[43] Cukup

17 1 0
                                    

Kau nyalakan harapan saat aku perlukan,
Kau sua kekuatan saat aku di rantaian ,
Kau pergi tiada toleh tinggal satu pesanan,
Kau tinggal aku tanpa belas mahu kasihan,

Bertahun aku cuba ketepikan,
Bertahun sudah aku menangis sendirian,
Bertahun aku hadam itu suratan,
Bertahun aku seka air mata kesakitan,

Ku sangka sesudah itu ku akhirnya pulih,
Namun apa yang ku temu hanya perih,
Jauh ke dalam aku letih,
Luka di dalam itu berdarah masih,

Hanya satu ku pinta sebelum menutup mata,
Tinggalkan terangkan apa yang sebenarnya terjadi antara kita,

Memang aku tidak mahu kau ku simpan perasaan,
Cukup sekali kau katakan apa yang selama ini kita pertahankan,

Cukup sana pergi biar aku pulih sendiri,
Cukup berkali hati ini cuba untuk membahagi.

September 5, 2018

Bukan Sekadar PuisiWhere stories live. Discover now