[40] Puisi Buat Jade I

11 0 0
                                    

saat dirasakan dunia gelap terlalu kelam,
seka ditahan gesa tercetus segala perasaan,
hangat mengalir suara diam aku pendam ,
penat mengalah kepala rebah kosong minda mahupun ingatan.

sempat berdoa sebelum tirai perlahan tersingkap ,
cahaya hilang kelam lagi bilik lampu terasa dipadam ,
layar di impian muncul mimpi indah seolah memadam ,
air mata tertahan Jade di sisi tiada kata mata aku berbalam.

tiada wajah bahu sahaja terasa jelas terlakar di mata ,
dekat pastinya memberi semangat sejuta kata langsung tiada ,
muncul getaran aku kuat seolah baru dizahirkan segala kecewa ,
tiada sabar dia hanya berteman sebentar sungguh aku bahagia.

July 28, 2018

Bukan Sekadar PuisiWhere stories live. Discover now