Ch 16-Bus🚃

2.1K 153 3
                                    

"H-husband? "

Tanya Sora sambil mengipas mukanya. Eii ni yang panas macam bara ni.

"Ha'ah betul la tu.Bukan kau sendiri ke yang buang jungkook? "

Hye Min jalan arah Sora sambil tu dia buat muka sedih dengan suara manja.

"Kesian bakal hubby I kan.. Kahwin dengan perempuan tak guna macam kau kan? "

'Oh man.. Pompuan ni buat aku rasa nak henyak muka dia kat lantai'

"Ah tu kisah dulu. Aku dah insaf. Salah ke kalau aku nak betulkan kesilapan dulu yang aku buat? "

Sora pantas naik ke atas tanpa pedulikan jungkook.

Merajuk.

'Jungkook.. Maaf sebab pernah lukakan hati kau dulu.Aku tahu dah takde peluang untuk kau buka pintu hati kau. Jadi, tolonglah bagi aku masa untuk sembuhkan hati kau walau sedikitpun.'

"Oppa.. Hye Min balik dulu ya."

Hye Min berjalan menuju pintu keluar sambil buat flying kiss.
Euww.. Jin lagi comel flying kissnya ok.

Jungkook mengeluh.Dia tak dapat nafikan hati masih terluka. Jadi maaf sora, takde dah ruang dalam hati aku untuk kau.

🐇

Sora P. O. V.

"Kook.. Sora dah buatkan breakfast. Jangan risau, saya dah makan tadi.Saya pergi kerja dulu ya."

Selesai tampal sticker note tu aku terus keluar rumah seawal jam 7 pagi untuk pergi kerja naik bas.

Kenapa bas?

Sebab aku dah tak nak ada perangai angkuh aku dalam diri. Aku nak jadi macam orang biasa jer.Jadi pergi memana.. Aku naik public bus je lah.

Aku bersyukur senanya.. Sebab even jungkook benci aku tapi tetap dia bagi aku stay kat rumah tu.

Aku duduk kat tepi tingkap sambil tersenyum. Lagu rain by baekhyun x soehyun buat aku teringatkan kenangan lama.

Rain is falling, yet again
Preventing me from sleeping
I think I still
I’m still waiting for you

Nothing lasts forever
Is that why we went wrong?

Nothing lasts forever
Is that why we were so happy?

Rain is falling, again today
A painful rain
Like the day I let you go

Aku turun dari stesen bas berjalan ke syarikat jin oppa.

Aku hantar gambar aku pada jungkook dengan caption..

Already arrived 😘

Tapi Ah lupakan.. Aku tak nak hantar yang ni.

Tapi kali ni bukan macam dulu pakaian aku dedahkan badan aku.

Aku cuma pakai seluar slack hitam dan kemeja putih. Rambut aku ikat gaya ponytail.

Nampak formal.

Aku mula kerja dari pukul 7 sebab banyak sangat benda nak kena settle.

Letih jugak lar sebab si minkyung sebelah aku ni asyik mengeluh.Kalau perangai jebon aku terlepas.. Kau tengok la nanti hingga ke planet nibiru aku buang kau.

Pukul dah tunjuk 12 malam.Lewat weii ,aku takut jugak sensorang kat office sebab minkyung balik awal tadi. Aku nak call jungkook tapi takut aku ganggu dia.

Aku naik teksi dan balik ke rumah.

🐇

"Kau balik lambat kenapa?" jungkook duduk atas sofa sambil makan popcorn. Ok.. Football match rupanya.

"Saya kerja sampai malam. Banyak kes nak kena settle."

Jungkook hanya diam dan macam biasa dia tak pandang aku pun.

Sebab aku letih.. Aku terus masuk ke bilik dan tukar baju. Hajat aku nak tidur tapi sebab aku tak makan dari pagi lagi.. Aku turun bawah nak masak.

Masa aku nak buka peti sejuk tu aku nampak ada lauk dalam tu cuma nak kena panaskan jer. Aku pandang jungkook yang tengah tonton TV tu.

Dia ke?



[ C ] Missing You | JungkookWhere stories live. Discover now