Bab 1

1.9K 56 12
                                    

      "Haaacummm!! Haaacummm!! Ishh kucing mana yang masuk rumah ni." aku melilau mencari jikalau terdapat kucing dalam rumah. Alahan sinus membataskan aku dengan kucing walaupun aku sukakannya. Semua tempat telah aku geledah namun tak jumpa apa-apa tinggal bilik nenek sahaja yang belum diperiksa. Baru saja aku hendak buka bilik nenek aku terdengar suara. "Jangan masuk bilik nenek."Aku berundur dari pintu bilik nenek. Ibu memberi amaran dengan menghayunkan senduk atas dan bawah.  Telinga ibu memang cepat tangkap. Aku tak pernah masuk bilik nenek. Hanya ibu sahaja yang dibenarkan masuk. Barangkali bilik nenek penuh dengan emas permata, wang ataupun harta karun. Tak apa satu hari nanti aku pasti akan masuk. "Haaa!! Tu pun kau!" aku mengejar kucing hingga ke luar rumah. "Hacummmmm!!! "

Aku terhenti dibangsal belakang rumah.Ia ditutupi pokok yang menjalar. Keadaan bangsal itu benar-benar menyeramkan serta kelihatan usang. Kenapa aku tak pernah nampak bangsal nenek sebelum ni? Diluar bangsal terdapat tempayan naga yang agak besar. Aku kira tempayan itu agak lama kerana ada lumut disekitarnya. Aku hampiri tempayan itu dengan lebih dekat. "Arghhhhhhhhh! Celaka punya ayam." Ada ayam hitam mati lemas di dalamnya. Dah kembung membusuk. Terbantut niat aku untuk masuk ke dalam bangsal nenek.

"Mimi! Mimi! Tolong ibu pergi kedai! "
suara halilintar ibu boleh menggongcang dunia.

"Kejap ibu! " aku segera berlari ke hadapan rumah. Ibu cepat naik angin jika aku lambat.

Aku mengayuh basikal peninggalan arwah atok. Basikal yang agak tinggi untuk aku. Terkial-kial aku mengayuhnya.

"Kamu ni cucu si Bedah ke? Baru pindah kampung? " nenek mana pulak yang tahan basikal aku ni.

"Aaa ahh...saya cucu bedah. Dah seminggu saya pindah sini."

"Nenek kamu sihat ke?  Lama benar tak nampak."

"Nenek okay je.. sihat. Saya nak cepat ni nek, ibu pesan beli barang. "
aku malas nak layan takut lambat ke kedai.

Sedang aku mengayuh nenek peramah menjerit... "Hati-hati kat pokok buluh depan sana tu,tempat tu keras!"
Aku teruskan mengayuh dengan pantas seperti pelumba basikal negara. Setibanya di pokok buluh aku perlahan kayuhan... sunyi sepi.. "Hati-hati,tempat keras.... " amaran nenek peramah bermain di mindaku.

BAWAH KATIL NENEKWhere stories live. Discover now