Ibu membuka satu rahsia mengenai Pak Seman. Dia tidak keseorangan di rumahnya. Pak Seman perlu berbuat sesuatu untuk 'teman' serumahnya. Lembaga yang kami selalu nampak itulah teman Pak Seman. Seram sejuk aku mendengar cerita ibu. Orang kampung tahu mengenainya. Sudah puas ditegur tapi dia tetap berdegil. Sebab tulah orang kampung pulaukan dia.Cuma keluarga kami saja yang amik berat tentangnya diri dia memandangkan kami jiran sebelah rumah. "Keluar! Jangan masuk sini. Balik Sana! " nenek menjerit dari dalam bilik. Siapa yang nenek halau keluar? Ibu berlari ke bilik nenek. Dummmmmmm!!! Pintu bilik dihempaskan. Aku dan Man menyorok di balik kabinet dapur. Beberapa minit kemudian ibu keluar dengan muka merah.
"Kenapa ibu?"
"Ambilkan telefon ibu Kat dalam bilik. "
Man berlari mendapatkannya. "Assalamualaikum imam. Benda Pak Seman dan mula mengganggu kami. Ya. Baru-baru ni je sejak anak dara saya balik kampung. "
Aku ke yang ibu maksudkan? Aku tekun mendengar perbualan ibu dengan imam kampung.
"Ingat pesan ibu ni. Jangan pergi ke bangsal belakang sana.Tempat tu dah lama tak di kemas.Jin dah bertandang kat sana. Lagi satu,Mimi jangan tengok bawah katil nenek kalau kamu tak nak susah. "
Aduhai ibu, amaran yang menakutkan aku.Kenapa cuma aku yang tak boleh tengok bawah katil nenek?Kami makan malam agak lewat kerana saudara datang melawat nenek. Aku tidak berani terus berada didapur ketika ibu melayan tetamu. Mereka pulang ketika aku sudah pun tertidur di ruang tengah rumah.
YOU ARE READING
BAWAH KATIL NENEK
HorrorMisteri makhluk berbulu di bawah katil nenek. Amaran telah diberi berulang kali. Namun sifat ingin tahu membuak-buak dalam diri.