Bab 21

569 19 0
                                    

      Alamak!!! Memang seram jika ibu tak ada. Ibu sumber kekuatan aku. Aku tak ke mana-mana. Aku bawa nenek menonton tv dan siap terhidang makanan.Setelah sejam, ibu pulang ke rumah ditemani imam dan isterinya. Imam akan bantu kami untuk memagar rumah. Pasti Pak Seman naik hantu nanti. Imam Ali duduk di ruang tengah rumah dan mula membacakan ayat-ayat Al-Quran. Aku lihat Pak Seman seperti cacing kepanasan. Tak tentu arah jadinya. Dia terjerit terpekik memarahi imam Ali. Suara garau yang keluar bukanlah suara asal Pak Seman. "Semua dah selamat.Jangan lupa pesan saya.Pastikan tutup tingkap dan pintu sebelum Maghrib atau senja. Syaitan berkeliaran ketika itu."
"Baik imam. Terima kasih banyak."
Dari penerangan imam Ali, Pak Seman menggunakan bangsal nenek sebagai tempat pemujaannya. Almari usang yang ada dalam bangsal adalah almari dari rumah lama dikampung sebelah. Dengar cerita itulah almari Fatimahhhhhh! Pak Seman benar-benar sudah gila. Sanggup curi almari berhantu untuk pemujaan.Teringat kata-kata Dahlia tentang 'Hantu Fatimah'. Pak Seman kegelisahan kerana tidak dapat memasuki kawasan rumah nenek. Keesokan harinya penduduk kampung bersepakat untuk membersihkan bangsal nenek.  Mangga bangsal dibuka. Apabila dibuka maka terlihatlah kesan-kesan pemujaan yang Pak Seman lakukan. Beberapa penduduk menemui Pak Seman dalam keadaan tidak sedarkan diri dibelakang rumahnya. Terdapat hirisan ditangan dan badannya. Ketika dia dibawa masuk ke rumah kulit badannya luruh dan membusuk.

BAWAH KATIL NENEKWhere stories live. Discover now