Aku melintasi rimbunan pokok buluh dengan debaran. Setiap titik peluh mengingatkan aku 'tempat keras'. Kayuhanku semakin laju ibarat dikejar anjing gila. Akhirnya aku sampai di kedai 5 minit awal penangan pokok buluh. Aku keluarkan handphone untuk membeli barang-barang dari list yang di hantar melalui aplikasi Whatsapp.
IBU DUNIA AKHIRAT
jangan tinggal walau satu.
-Gula
-kopi
-tepung
-telur
-minyak"Alamak!! ibu ni,banyak pula yang dipesan. " aku mengomel sendirian. Aku mencari dengan pantas kerana waktu sudah hampir ke Maghrib. Pesanan nenek peramah membuatkan aku tak keruan. Selesai membuat pembayaran aku bergegas pulang.
"Hati-hati telur tu!"
Ditambah pula pesanan tauke kedai.Aku mengayuh laju untuk tiba awal di rumah. Setibanya dirimbunan pokok buluh keluar sesuatu dari celahnya... aku menambah kuasa kayuhan.
"Dik.. baik-baik kayuh tu! "
Arghhhhhhhhh bagai nak tercabut urat saraf dengan teguran Pak Seman jiran sebelah rumah nenek."Ibu.. ni barangnya." aku tercungap-cungap meletakkan plastik di atas meja makan.
"Kenapa teruk benar kamu ni Mimi? Marathon ke? " ibu ketawa kecil melihat aku bermandi peluh.
"Ada nenek tu pesan pokok buluh Tu keras. Mimi kayuhlah laju-laju. "
"Hahaha! Memanglah keras sebab celah buluh ada banyak batu." ibu semakin seronok mentertawakan aku.
Aku masuk ke tandas luar untuk membersihkan diri. Air perigi yang sejuk dapat menyegarkan aku. Ketika aku mandi sesuatu sedang berjalan diluar tandas. Bunyi derap daun kering
YOU ARE READING
BAWAH KATIL NENEK
HorrorMisteri makhluk berbulu di bawah katil nenek. Amaran telah diberi berulang kali. Namun sifat ingin tahu membuak-buak dalam diri.