Bab 13

634 20 0
                                    

      "Video apa ni? "aku menjauhkan diri.
"Cuba tengok betul-betul,abang rakam masa korang kena bersihkan tempayan"
"Tak ada apa pun."
Lia menunjukkan suatu lembaga betul-betul dibelakang aku. Tinggi dan besar. Terbeliak biji mata aku yang sepet ni. "Siapa ni?Mimi dengan Lia je kan? "
"Abang tak tahu.Tapi ni bukan siapa tapi apa? Entah-entah benda ni yang sorokkan Mimi."

Lia memegang tanganku sambil berkata "Jom bagitau pak Ngah."

"Jangan bagitau ayah.Aku tak nak semua risau. Rahsiakan okay. "
Lia mengangguk faham. Pada malam tu abang Hakim tidur diluar pintu bilik aku.Dia bimbang jika aku diculik benda besar dan tinggi seperti dalam video. Lembaga itu seakan-akan kelibat yang masuki rumah Pak Seman dan mungkin juga benda yang sama aku nampak masuk semak petang tadi. Adakah benda yang sama atas palang rumah nenek yang mencakar tikar mengkuang nenek? Nasib baik nenek tak perasan tikarnya koyak. Cuaca agak sejuk dan berangin malam tu. Hujan turun renyai selama beberapa minit kemudian diikuti hujan yang lebat. Bunyi bising atap zink membuatkan aku tidak dapat tidur lena. "Abang Hakim, teman Mimi nak pergi tandas." aku menguis kaki abang Hakim. Dia langsung tidak bergerak.Aku letakkan jari di hidungnya. Tidur mati agaknya. Tak tahan menanggung air yang penuh dipundi kencing, aku memberanikan diri pergi ke tandas. Aku turun tangga dengan berhati-hati, aku hanya pandang ke depan sahaja. Selesai urusan aku terus berlari menaiki tangga. Satu suara menegur ditingkap dapur..

BAWAH KATIL NENEKWhere stories live. Discover now