Aku membantu ibu menyiapkan makan malam. Aku masih dalam cuti semester jadi dapatlah aku bantu ibu apa yang patut. Kami berpindah ke kampung untuk menjaga nenek. Ayah akan pulang pada hari minggu sahaja. Sudah sebulan kami disini dan aku suka suasana kampung kecuali rimbunan pokok buluh yang dikatakan keras.
"Mimi, lusa ni ibu nak buat kenduri doa selamat.Esok pergi cari daun pisang, ibu nak buat kuih koci. Kejap lagi pak sedara dan mak sedara kamu sampai."
"Alaaaaaa.. "
Ibu menjeling aku dengan mencekak pinggangnya yang dah tak berapa ramping. "Baik permaisuri, hamba panggil yang dipertuan Agong untuk santap ye. " aku berlari memanggil ayah.Kami makan bersama-sama nenek yang kelihatan uzur. Alhamdulillah nenek masih ada selera untuk makan. Kadang-kadang pelik juga aku tengok nenek, badan kecil tapi nafsu makannya sentiasa ada. Akal nakal aku mengatakan nenek ada membela.
"Menung apa lagi tu Mimi... cepat ceduk lauk tu. Dah berjanggut ayah tunggu. "
Ayah mengusap janggutnya yang ala-ala ustaz Kazim."Eleh, janggut sejemput. "
"Hahahahah!Man mentertawakan ayah diikuti dengan gelak tawa ibu.Ayah menguis janggutnya. Aku lihat nenek hanya diam dan memegang cawan yang berisi teh o. Aku pandang wajah nenek ketika makan.Sangat Berselera. Ibu mencuit peha aku memberi signal agar teruskan makan. Selesai makan memang sudah menjadi tugas aku untuk membasuh pinggan. Malam itu agak panas jadi aku buka sedikit tingkap dapur maka terlihatlah dahan pokok rambutan yang bergoyang
YOU ARE READING
BAWAH KATIL NENEK
HorrorMisteri makhluk berbulu di bawah katil nenek. Amaran telah diberi berulang kali. Namun sifat ingin tahu membuak-buak dalam diri.