Tinggal kami anak beranak di kampung setelah semua pulang ke bandar. Abang Hakim sempat menghantar video yang dirakamnya. Aku tunjukkan pada ayah. Ayah terkejut dan minta aku supaya tidak ke bangsal lagi. Ayah akan minta bantuan pihak yang selayaknya untuk menyelidik tentang lembaga tersebut. Ayah juga akan pulang ke bandar pada hari itu kerana mula bekerja keesokan harinya.Kami melambai kereta ayah yang semakin menjauh.
"Sudah-sudahlah tu Mimi, Man. Mari masuk panas kat luar ni."
"Baik ibu. "
Kelihatan Pak Seman tergopoh-gapah diluar rumah dengan membawa plastik hitam. Dia menuju ke belakang rumah dengan menyusuri semak samun. Aku dan Man perhatikannya disebalik pokok bunga. Petang itu aku ke kedai runcit untuk membeli barang-barang yang ibu pesan. Aku akan melalui pokok buluh yang dikatakan keras.Aku mengayuh basikal seperti biasa kerana ketika itu ramai orang kampung menggunakan jalan yang sama. Aku terlihat Pak Seman keluar dari celah pokok buluh dalam keadaan tak tentu arah dan kusut masai. Pak Seman cuba menahan aku tetapi aku berpatah arah ke rumah serta menambahkan kuasa pecutan sehinggakan dia terjatuh.
"Mana barang yang ibu pesan? Kenapa teruk sangat kamu berpeluh ni? "
"Ibu, Mimi kena tahan dengan Pak Seman. Mimi takut dengan dialah ibu. Dah lama nak bagitahu ibu. "
Ibu membesarkan mata. "Tak habis-habis orang tua ni. Kita buat baik ni yang dia balas!" Ibu naik angin dengar penjelasan aku. Rupa-rupanya Pak Seman memang ada niat tak baik.
YOU ARE READING
BAWAH KATIL NENEK
HorrorMisteri makhluk berbulu di bawah katil nenek. Amaran telah diberi berulang kali. Namun sifat ingin tahu membuak-buak dalam diri.