Stalker Kecundang

97 6 0
                                    

Burung berkicauan di awan biru.
Angin bertiup sepoi-sepoi bahasa.
Lelaki itu sedang berdiri di hadapan tandas wanita.

"Cantik!"

Dia sedang meng-sekodeng seorang wanita yang berada di dalam tandas. Wanita itu sedang berdiri di hadapan cermin untuk memicit jerawat.
Wanita itu sungguh ayu, jelita, manis dan menawan.
Dia memicit perlahan jerawat batu di sebelah pipi kanannya lalu mengeluarkan cecair seperti nanah.

Lelaki yang sedang rancak meng-sekodeng langsung tidak loya dengan perbuatan wanita itu. Crush dia lah katakan.
Wanita tadi mula tersedar akan kegiatan tidak bermoral yang dilakukan lelaki tadi. Stalker.

Namun, wanita itu buat-buat ayu dan berpura-pura tidak tahu apa-apa. Lalu dia membetulkan uniform oren kolej vokasionalnya dan keluar dari tandas.
"Eh, Haikal. Buat apa kat sini?" Wanita itu pura-pura tidak tahu yang Haikal sedang mengendapnya. Soalan bodoh diajukannya kepada lelaki tadi iaitu Haikal.

Haikal senyum seperti kerang busuk walaupun baunya tidaklah busuk. Penulis cuba buat lawak bodoh. Pembaca masih membaca cerita yang ditulis penulis mungkin dia merasakan apa yang ditulis penulis ini adalah bahan tarikan. Tapi tidak. Penulis tiada idea.

"Err, saya tengah cari barang dekat sini. Terjatuh dekat area-area sini la" Haikal terpaku memandang wajah manis dan putih melepak disebabkan krim pencerah pada muka wanita tadi.
Masih terkesan secebis cecair pekat di pipi kanan wanita itu, hasil daripada jerawat yang dipicitnya.
Wanita tadi yang belum diberi nama oleh penulis mula menyampah dengan ayat yang di keluarkan dari mulut Haikal.

"Apa yang jatuh?" tanya wanita tadi.

"Hati saya. Saya rasa awak ada ambil kan." Haikal tersipu malu untuk mengungkapkan ayat itu.
Dia yakin wanita itu akan membalas pickup-linenya.
"Kau ingat aku nak buat pickup-line tengah hari macam ni. Dah la panas, kena layan lelaki miang macam kau ni pulak. Buang masa aku je la!" herdik wanita tadi atau nama sebenarnya Saheton Mardhiah atau nama panggilannya Dhia. Moden bukan nama panggilannya itu?

"Saya minta maaf" Haikal memohon maaf dengan penuh ikhlas. Mukanya berubah kehampaan. Kehampaan, bukan kehampak-an.
"Cukuplah Hai, aku dah penat. Tak payah la kejar aku sana sini. Kau bukan taste aku! Kau bukan budak hispter, kau budak kampung."
Kata-kata itu menusuk hati Haikal.

Kemudian air mata jernih mula mengalir di pipi Haikal selepas wanita tadi berlalu pergi.
Burung yang berterbangan dari jauh kemudian mendekati kepala Haikal.
Lalu dia melakukan proses perkumuhan.
Setempek najis burung berwarna putih tiba-tiba terlekat dirambut Haikal.
Dia menangis. Lagu Aiman Tino mula bermain difikiran.
'Ku ingin ku dibenci olehmu

Agar kenangan manis terus terpadam

Selamanya...menghitung..'

Penulis terover pula menulis bait-bait lirik lagu Aiman Tino.

Hipster Abad-21Where stories live. Discover now