"Biar kitorang explain. Kitorang tak nak pon rogol kau, Hai!" Lose memberitahu.
Badan Haikal lemah selepas ditumbuk bertubi-tubi oleh Win.
"Kitorang deleted sebab semua tu tak hipster. Gambar Saheton pula.. Kau boleh curi lagi dari akaun WeChat dia. Rilex la bro!" kata Win.
"Chill boleh tak! Kitorang ikat kau sebab tak nak kau hilang kawalan lagi. Tu je!" Lose menangis. Dia rasa bersalah.Haikal turut menangis. Lalu Haikal mengangguk faham. Dia bertindak mengikut perasaan.
Win kemudian mmbuka ikatan pada kaki dan tangan Haikal dengan berhati-hati.
Lose pula membuka pita pelekat yang dilekatkan pada bibir Haikal.
Mereka menangis di atas tindakan bodoh mereka.
Mereka saling berpelukan dan meminta maaf.
Air mata mengalir dari kelopak mata mereka.
Dari jendela, seorang pelajar sedang melihat perbuatan mereka.
"Astaghfirullahalazim.. Apa nak jadi la.." pelajar terbabit berlalu pergi sambil menutup matanya.Mulai dari hari itu, Win dan Lose mengajar Haikal untuk bergambar cara hipster.
Candid."Lebih elok kalau kau tutup muka macam ni.." Win mengajar.
Haikal hanya mengikut apa yang diajarkan oleh kedua-dua rakannya itu.
"1,2,3 Say Candid!" Lose mengambil gambar Haikal.
Gambar yang diambil itu kemudian di lihat mereka berulang kali.
"Tak jadi la." kata Win. Lose juga bersetuju dengan kata-kata Win itu.Sudah hampir dua jam mereka bergambar.
Tiba-tiba Win datang menepuk bahu kanan Haikal. "Susah la. Hipster ni tak boleh dibuat-buat. Hipster ni datang dari dalam, Hai." Win kini berasa putus asa.
Haikal mula sedih."Kau tahu tak.. Aku berkorban banyak benda untuk jadi hipster. Sampai aku tak sempat nak bersihkan hidung aku ni dari mukus-mukus yang kering. Aku terlampau obses untuk jadi hipster. Tapi... Kau cakap aku tak boleh jadi hipster. Aku kecewa." panjang kata-kata Haikal.
Dia terlampau sibuk mengubah imejnya sehingga tidak sempat mengorek mukus-mukus kering dari lubang hidungnya. Melampau.Lose yang sedang memegang kamera turut terkesan dengan kata-kata Haikal.
"Kau tak korek hidung selama tiga hari ni? Aku bersimpati." Lose bersimpati walaupun dia merasakan apa yang dilakukan Haikal agak menjijikkan.Tangan Haikal gatal-gatal untuk mengorek hidungnya sendiri. Sudah tiga hari mukus-mukus bersarang di dalam lubang hidungnya.
Dia hampir tidak dapat bernafas di sebabkan mukus-mukus kering itu sehingga memaksanya bernafas melalui mulut.
Betapa sukar hidupnya untuk menjadi hipster.
Ketika tangan Haikal mula mendekati lubang hidung, dengan tidak sengaja Lose mengambil gambar perbuatan menjijikkan rakannya itu tanpa disedari.
Haikal yang berada di hadapan dinding bersimen tidak menyedari perbuatan rakannya.
Kalau dia tahu, pasti mereka akan berperang lagi. Dan sudah pasti kejadian berdarah bakal berlaku. Lagipun, Haikal seorang yang panas baran dan sensatif.Lose tersedar yang perbuatannya mengambil gambar curi semasa Haikal sedang melakukan perkara jijik itu tidak elok.
Losman seorang yang belajar agama. Dia tahu apa yang baik dan tidak baik. Dia berhajat untuk memadam gambar yang diambilnya itu."Win.. Gambar ni, patut ke aku padam...." Lose rasa bersalah.
"Wah! Ni baru lah hipster candid picture.." gambar yang diambil Lose secara tidak sengaja itu sangat hipster di pandangan Win.
"Lucky for you, thats what I like, Thats what I like!" Win menari kegirangan berlatarkan bait lirik lagu Bruno Mars, Thats What I Like.Haikal hanya melihat gelagat rakannya itu. Serupa beruk.
Haikal menggaru kepalanya yang tidak gatal, Haikal hairan.
Namun dia gembira melihat kawan-kawannya itu kegirangan walaupun kegirangan tanpa arah tuju. Itulah erti sahabat.Sahabat yang baik adalah sahabat yang memahami rakannya yang tidak boleh difahami apa yang sahabatnya mahukan. Penulis berkarya dengan bodoh.
Penulis sendiri tidak tahu apa yang penulis maksudkan. Faham-faham sendiri lah.
YOU ARE READING
Hipster Abad-21
RomanceAlang-alang menyeluk pekasam, biarlah sampai ke pangkal lengan. Alang-alang stalk crush, biarlah sampai berpanjangan. 😂😂 Haikal pelajar kolej vokasional yang normal. Dia juga seperti pelajar yang lain, turut mempunyai crush. Dia sedar yang awek a...