Industri Hipster

48 4 0
                                    

Bermulalah karya seni Haikal dalam industri hipster.
Pakaiannya mula diubah.
Win dan Lose membantu Haikal membeli pakaian-pakaian hipster seperti seluar ketat, baju kemeja, kasut berjenama dan cover telefon Iphone. Cover iPhone sahaja, nak beli Iphone tak mampu.

"Walah! Tengok rupa kau. Hipster bukan?" Win menepuk-nepuk bahu Haikal seperti bangga dengan pencapaian rakannya itu.
Lose turut menangis terharu. Ini merupakan kejayaan yang besar, menukar imej Haikal yang kuno kepada hipster.

"Sekarang, kau kena belajar cara untuk jadi hipster." Lose berbisik.

"Pakaian ni tak cukup nak menunjukkan aku ni budak hipster ke?" Tanya Haikal keliru. Sudah beratus duitnya habis untuk membeli 'peralatan hipster' ini.

Lose menggeleng kepala. "Kau kena tahu tempat orang hipster lepak." Lose tersenyum mesra.

Setibanya di sebuah cafe di ibu kota, "Lepak Lepak Jom? Cafe apakah ni wey?" percakapan Haikal mula berbaur hipster walaupun baru sehari diajar tentang kehidupan hipster.

Kafe hipster yang terkenal di ibu kota itu tempat budak-budak hipster lepak.
Bukan sahaja tempat budak hipster lepak malahan budak raver juga sering berkunjung ke sana.
Harga makanannya yang mahal membuatkan Lose dan Win minum air kosong sahaja di kafe tersebut.

"Bapak mahal! Air kosong dua ringgit?!" Kata-kata Haikal itu menyebabkan banyak mata pelanggan Kafe Hipster itu memandang ke arahnya.

"Kau ni buat malu je." Win mencubit peha kanan Haikal.
Lose pula memijak kaki Haikal.
Haikal menahan kesakitan.

Walaupun mereka hanya minum air kosong, namun lawatan Haikal ke Kafe Hipster itu banyak memberi pengalaman baru dan dapat jugalah Haikal menimba banyak ilmu tentang industri hipster ini.
Disamping itu, Haikal dapat melihat gelagat-gelagat budak hipster yang control macho.

Pada malam itu, Haikal mula memuat turun aplikasi instagram.
Dia berazam untuk menjadi instafamous.
Namun bukan mudah.
Penulis sendiri pon hanya ada dua followers sahaja di aplikasi Wattpad. Sungguh memalukan.
Sedarlah bahawa menjadi instafamous itu susah.

Pada malam itu juga, Win dan Lose sedaya upaya mengajar Haikal cara untuk menaip cara hipster.

Haikal disarankan agar menaip tidak terlalu panjang dan menggunakan emoji-emoji yang aneh.
Itulah hipster sebenar. Hipster dari dalam.
Emoji yang biasa digunakan budak hipster ialah emoji bulan, matahari, unicorn, double love, dan emoji beruk menutup mata, mulut dan telinga.
Itulah antara emoji popular digunakan budak hipster.

Haikal sedar yang memasuki dunia hipster bukan mudah. Namun tetap digagahkan jua demi Saheton Mardhiah, wanita ayu, anggun, jelita dan manis itu.

'Pahit getir hidup dan pengorbanan. Terpaksa dihadapi demi kejayaan.. Berdiri sejak mula tabah berusaha,' Penulis memang suka selitkan bait lirik di dalam ceritanya walaupun..

Haikal setiap hari menggunakan emoji hipster dalam menaip.
Dengan ibunya sendiri dia menggunakam emoji beruk menutup mata sehingga ibunya kecil hati kerana dianggap sahabat beruk.
Tidak logik bukan?

"Aku dah ready. Jom post something." Haikal membuka akaun instagramnya. Hanya ada 4 followers walaupun dia sudah follow 51 akaun instagram.

"Zeton, Lose, Win...." Haikal sedang meneliti siapakah gerangan yang meng-follownya.
"..emak?!!" Pucat lesi muka Haikal dibuatnya.
Dia tidak menyangka emaknya, Puan Rohani mempunyai akaun instagram. Dasyat. Emaknya lebih maju berbanding dia.

"230 followers?" Haikal melihat followers ibunya di instagram. Sungguh mengejutkan walaupun tidaklah terlalu banyak.
Tapi untuk wanita berumur seperti Puan Rohani amat mengejutkan sekiranya mempunyai akaun instagram dan mempunyai lebih 200 followers.

Haikal terfikir apakah cara untuk menambah followersnya. Dia mahu menjadi instafamous.

Hipster Abad-21Where stories live. Discover now