Pengakhiran

44 5 0
                                    

'Berakhirlah sudah, kisah kita

Dalam percintaan yang menyakitkan.

Pengorbananku, selama ini hanya

Sia sia..'

Penulis menyelitkan lirik lagu lagi.
Minat benar penulis mendengar lagu semasa menaip.

Cuti penggal akhir.
Pelajar-pelajar kolej vokasional membawa beg masing-masing.
Bas sudah menunggu di hadapan pintu pagar.
Ada juga beberapa buah kenderaan ibu-bapa yang ingin menjemput anak mereka untuk pulang.

Pelajar-pelajar kelihatan gembira dapat bercuti panjang tapi tidak bagi Win, Lose, dan Haikal.
Mereka agak sugul.
Muka mereka masing-masing lebam.
Semalam mereka bermain gusti sehingga patah katil dibuatnya.

"Win, okey tak ni? Nak saya rawat luka tu tak?" Zeton tiba-tiba muncul apabila melihat muka Win lebam.
"Tak payah lah! Tolong berambus boleh tak!" Win marah.

"Saya tak kisah Win nak marah saya. Sebab, orang-orang tua cakap, marah tandanya sayang." Zeton senyum-senyum beruk.

"Orang tua mana pula yang cakap macam tu?!" Win menunjukkan muka bengis. Zeton kemudian berlalu pergi.
"Saya nak balik dulu, jumpa lagi tau. muahhh" Zeton kemudian berlalu pergi.

Loya tekak Lose memandang Zeton dengan baju pink, berseluar ketat purple dan menyebut perkataan 'Muahh'
"Kalau Dhia cakap macam tu ok lah jugak, kalau Zeton, mati hidup balik pon aku tak nak dengar, hahaha" tambah Lose.

Mereka bergegas untuk menaiki bas. Barang-barang dimasukkan ke dalam bonet bas yang besar itu.
Kemudian mereka masuk ke dalam perut bas dan mencari tempat duduk.
Win dan Lose duduk bersebelahan.
Haikal pula masih tercari-cari tempat duduk.
"Hai, sini ada tempat kosong." suara seorang wanita kedengaran.
Dhia.
"Boleh ke?" Haikal bertanya untuk mendapatkan kepastian.
Dia tidak mahu Dhia berasa tidak selesa nanti.
"Ok je" kata Dhia.

Haikal duduk. Malu-malu. Pipinya sedikit merah.
Dhia mengeluarkan sekeping kad dari begnya sandangnya.
Kad berwarna merah jambu muda.
Haikal melihat gerak geri Dhia.
Dhia memasukkan semula kad itu ke dalam begnya.

Bas mula bertolak.
Udara sejuk dari pendingin hawa menyejukkan kulit Haikal. Bulu roma berdiri tegak.
Haikal mengambil jaketnya dan dipakainya.
Dia melihat Dhia kesejukkan disebelahnya.
Jaketnya itu diberi kepada Dhia. Gentleman bukan?
Sanggup sejuk demi Dhia.
Masih jauh lagi perjalanan. Haikal termenung memandang ke luar jendela.

Tiba-tiba kepala Dhia jatuh ke bahu Haikal tanpa sengaja.
Terkejut Haikal. Senyum sampai ke telinga.
Lelaki mana yang tidak suka wanita cantik seperti Dhia rebah ke bahu.
Dhia tidur.
"Krohhh..krohhh.."
Bunyi yang kurang menyenangkan.

"Dhia... Berdengkur." Haikal tidak menyangka. Bunyi dengkuran Dhia membingitkan telinga.

Kemudian tiba di simpang lampu isyarat, bas berhenti secara tiba-tiba, secara mengejut.
Dhia tersedar.
Air liur basi Dhia tertempek di bahu Haikal.
"Eh, sorry.." Dhia sedar air liur basinya yang berkeladak berada di bahagian bahu Haikal. Dia senyum manja.
Haikal senyum pahit.

"Kalau Zeton, aku dah kerat 14 ni" detik hati Haikal.

4 jam telah berlalu.
Bas akhirnya tiba di perhentian bas ibu kota. Disitu, emak dan ayah Haikal kelihatan sedang melambai-lambai.
Mereka akan turun disitu.

Haikal mahu bangun dari tempat duduknya.
"Sekejap.." Dhia memegang tangan Haikal.
Ewah, sweet konon.
"Kenapa Dhia?" Haikal buat-buat muka serius walaupun hatinya sedang berbunga-bunga.

Dhia mengeluarkan kad berwarna merah jambu tadi lalu diberikan kepada Haikal.
"Apa ni? Surat cinta ke?" tanya Haikal nakal.
"Tak, tu kad nikah" Kata-kata Dhia menyebabkan Haikal terdiam. Membisu.
Di kad kahwin itu tertera nama Dhia dan Lose.
"Lose?" Haikal tidak menyangka.
"Yer.." Lose datang dari belakang dengan senyuman.

Tak rasa bersalah langsung ke Lose?
Haikal diam sahaja tak sanggup bertanya apa-apa. Soalan yang bermain difikirannya terus dimatikan begitu sahaja.

Dhia membuka baju.
Membuka baju jaket milik Haikal tadi, jangan fikir bukan-bukan.
"Datang tau, jangan tak datang." Dhia senyum.
Lose turut senyum.
Hati Haikal berkata-kata, "Memang tak lah aku nak datang."

Lose dan Dhia turun dari bas sambil berpegangan tangan.

"Kau pegang tangan aku tadi, kau pakai jaket aku, kau tinggalkan air liur basi di bahu aku.. Dan kau kahwin dengan dia. Puiii" Haikal menyepak tempat duduk di dalam bas itu. Sakit kakinya.
"Awek abad-21 memang macam ni kot. Hakk tuiii." Haikal yang tercekik kahak terus keluar dari bas tersebut selepas meninggalkan kahak kuning di tempat duduk di dalam bas tadi.

Sakit kakinya akibat menyepak tempat duduk bas tadi tidak dihiraukan.

Kecewa dan marah. Namun dibiarkan sahaja demi kebahagiaan Lose.

'Hancur, hancur aku...

Bila bila saja hancur hancur aku..'

Suara Fazura tiba-tiba muncul untuk menyedapkan jalan cerita.

"Lantak kau lah, penulis." kata Haikal lalu turun dari bas dan memeluk tubuh ayah dan emaknya, Puan Rohani.

'Duhai bonda, duhai ayahanda..

Dengarlah rayuan anakanda, yang

jauh di mata..'

                            Tamat

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Aug 05, 2017 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Hipster Abad-21Where stories live. Discover now