Para pelajar kolej vokasional memenuhi ruang makan kafe.
Bunyi gelak tawa para pelajar wanita menenangkan jiwa. Namun, apabila hilai tawa Zeton muncul, punah semuanya.
"Hahaha.. Lawak betul Sya semalam. Phone jatuh dalam lubang toilet tu ha!" Zeton asyik bercerita.
Zeton seorang wanita yang kurus kering, tinggi lampai, dan hitam manis.
Dia yang dahulunya atlet sekolah yang berjaya. Namun, selepas kakinya patah akibat kemalangan jalan raya, dia mengutuskan untuk tidak lagi bersukan.
Kaki kanannya telah patah dan telah dipotong. Kini Zeton menggunakan kaki palsu untuk meneruskan hidupnya.
Kasihan Zeton.
Dari jauh Win dan Lose sedang memerhati kerenah Zeton."Lawak la minah tu. Macam mana la dia boleh sangkut dekat kau, Hai." Lose kemudian ketawa kecil.
Haikal dengan muka masamnya tidak menghiraukan rakan-rakannya.Win yang sedang menapau nasi lemak hanya berdiam diri.
Tiba-tiba Zeton mendekati meja tempat ketiga-tiga teruna itu duduk.
"Hai Haikal. Awak kacak sangat harini." Zeton kemudian duduk di sebelah Haikal.
Haikal menjeling wanita itu dengan muka barannya."Kau apehal datang sini? Pergi main jauh-jauh boleh tak!?" Haikal rimas.
Walaupun hidungnya sudah bersih dari mukus, dia masih lemas dan sukar bernafas apabila berada di sebelah Zeton.
Bau hapak baju Zeton menyebabkan ramai rakan-rakannya lari dari Zeton. Namun, Zeton tidak menyedarinya."Wah, bila dah popular, dah jadi hipster, dah jadi instafamous ni jadi sombong yer" kata Zeton lalu segelas air sirap di atas meja milik Haikal diminumnya seteguk.
Kepekatan air liur Zeton melekat di bibir gelas.
"Apa maksud kau ni Zeton?" Tanya Lose tiba-tiba.
"Yer la, gambar candid Haikal yang korang post dekat ig tu dah dapat 1000 likes kan" Zeton menjeling.Tiba-tiba perut Zeton berkeroncong. Dia terus berlalu pergi untuk melantak.
"Aik.. Kita baru post semalam je kan. Takkan la sampai 1000 likes. Followers aku pun cuma ada 500 je." kata Lose kebingungan.
"Korang cakap apa ni? Gambar apa?" Tanya Haikal.
Lose dan Win senyum.
...."Bangang punya kawan!" Air sirap yang masih berbaki di dalam gelas Haikal di lemparnya ke muka Lose. Nasi lemak yang dimakan Win sebentar tadi dicampakkan pula ke muka Win.
Dia marah. Gambarnya sedang mengorek hidung tersebar di instagram."Orang lain tak tahu kau buat apa. Diorang ingat kau candid la!" Terang Lose.
Haikal yang hilang kawalan menumbuk Lose berkali-kali. Lebam muka kacak Lose dibuatnya.
Win menarik badan Haikal agar berhenti menumbuk Lose.Lalu, Haikal menyepak bontot rakannya itu, Win yang cuba untuk menjadi hero.
Pelajar-pelajar lain terhibur dengan gelagat mereka. Ada yang cuba mengambail gambar dan mengambil video.
"Korang jangan macam-macam, aku pukul kang!" Haikal melempar kerusi ke arah pelajar-pelajar lain.
Haikal kemudian mengambil tong sampah yang berdekatan dengannya. Lalu dilemparnya ke arah Lose dan Win.
Ditempis mereka berdua dengan mudah.
Lalu tong sampah itu bergerak ke muka seorang wanita.
"Haikal...!!!" jerit wanita itu.
Isi tong sampah itu berupa makanan basi menyeliputi tubuh wanita tadi."Dhia.. Sorry, Hai tak sengaja." pujuk Haikal apabila melihat Dhia diselaputi sampah.
Win dan Lose terkesima. Tak mampu mereka lakukan apa-apa lagi.
Dhia mendekati Haikal.
'Pang!" di tamparnya pipi Haikal dengan tangan kanannya."Biadap!" Dhia berlalu pergi sambil menangis. Malu. Diaibkan.
"Sabar Dhia,.." Lose tiba-tiba menyampuk namun Dhia tidak hiraukan.
Lose melihat Dhia berlalu pergi.Haikal pula rebah. Tamparan wanita itu sungguh menyakitkannya.
Dia bertindak diluar kawalan tadi. Dia menyesal."Hai.. Sorry sebab sekeping gambar candid tu."
Win dan Lose melutut di hadapan Haikal dan berharap Haikal tidak bertindak di luar kawalan lagi.Pergaduhan akibat sekeping gambar candid.
YOU ARE READING
Hipster Abad-21
RomanceAlang-alang menyeluk pekasam, biarlah sampai ke pangkal lengan. Alang-alang stalk crush, biarlah sampai berpanjangan. 😂😂 Haikal pelajar kolej vokasional yang normal. Dia juga seperti pelajar yang lain, turut mempunyai crush. Dia sedar yang awek a...