Haikal sedang termenung jauh di dalam bilik.
Win dan Lose entah ke mana perginya.
Cuti penggal akan tiba tidak lama lagi.
Tiba-tiba pintu bilik Haikal diketuk.
Ketukan pertama, masih belum dihiraukan Haikal.
Ketukan kedua, membuatkan Haikal sangsi.
Haikal teringat kata arwah neneknya, "Cucu, kalau ada orang ketuk pintu dua kali jangan dibuka. Itu bukan manusia, itu makhluk lain!"
Bulu roma Haikal mula berdiri tegak.Selepas itu, ketukan ketiga berbunyi menenangkan Haikal.
"Oi, orang di dalam, tak mahu buka pintu ke hah?" kedengaran suara lelaki pelat cina di luar bilik Haikal.Haikal kemudian membuka pintu biliknya. Haikal hanya berkain pelekat, tidak berbaju pun.
"Nak apa?" Haikal bertanya kepada dua orang lelaki cina yang berada di hadapan muka pintu.
Kelihatan seorang wanita sedang memegang kamera berdiri di sebelah dua orang lelaki cina itu.Wanita itu dengan tiba-tiba mengambil gambar Haikal yang tidak berbaju.
"Eh, apa ni?! Jangan buat aku marah pulak!" gertak Haikal.
Dua orang lelaki cina itu memarahi wanita tadi dalam bahasa cina yang tidak mampu ditulis oleh penulis sendiri. Al maklumlah, penulis tidak tahu bahasa cina."Ok, awak ni Haikal Zain kan? Instafamous tu?" tanya salah seorang lelaki cina berkaca mata.
Haikal mengangguk pelik.
"Saya Mice, ni pula Wina dan ni Keok Tong. Kami dari Majalah Mempelam nak temuramah awak untuk diletakkan dalam majalah kami." lelaki cina itu berkata.
Seorang lagi lelaki cina yang bernama Keok Tong hanya memandang Haikal dengan mata yang mengghairahkan."Boleh kan kami nak temuramah.." Keok Tong menyentuh dada Haikal dengan jari telunjuk. Suaranya agak lembut. Seram.
......
Di kafe, Haikal di temuramah wartawan dari Majalah Mempelam itu.
Wina asyik mengambil gambar Haikal dari pelbagai sudut. Sehingga ke bawah meja Wina mengambil gambar Haikal. Buang tabiat agaknya.Keok Tong mencatat maklumat penting dan Mice lah yang bertanyakan pelbagai soalan kepada Haikal.
"Saya dengar, awak ni jadi instafamous dari gambar candid je kan? Jadi releven lagi ke candid tu pada tahun 2025?" tanya Mice.Haikal pelik dengan soalan yang diajukan.
Namun soalan itu hanya dijawabnya dengan spontan.
Selepas selesai sesi temuramah, ketiga-tiga wartawan dari Majalah Mempelam itu mengucapkan terima kasih kepada Haikal."Saya harap awak akan jadi instafamous yang berjaya. Kami temuramah awak sebab kejayaan mendadak awak. Baru seminggu buat instagram dah ada 80 ribu followers. Cuma, bila candid tak releven lagi, awak akan mengalami zaman kejatuhan awak." Mice senyum sinis sambil menjeling.
"Masa tu, saya orang pertama yang akan bertepuk tangan" kata Mice.Haikal tidak faham dengan wartawan tersebut. Apa motifnya berkata begitu? Untuk mendapat tumbukan percuma dari Haikal?
"Jealous ke?" tanya Haikal sambil melipat lengan bajunya seperti bersedia untuk bertumbuk.
Dengan sekelip mata ketiga-tiga wartawan itu cabut lari selepas tong sampah dilemparkan ke arah mereka dari jauh.
"Aik.. Aku tak lempar pun tong sampah tu" Haikal pelik.Disebalik dinding, kelihatan bayang seseorang wanita sedang memandang Haikal.
"Zeton, aku tahu tu kau." Haikal seperti sudah tahu siapa wanita yang berada di sebalik dinding itu."Macam mana Hai tahu ni Zeton?" Zeton kemudian datang mendekati Haikal. Bau hapak bajunya boleh dihidu.
"Siapa lagi yang boleh lempar tong sampah sampai 1kilometer macam tu kalau bukan kau. Kau kan bekas atlet lontar peluru. Aku tahu lah."
Zeton gelak kecil mendengar kata-kata Haikal.Haikal asyik terfikir, masih relevenkah candid itu? Dia risau followersnya tidak berminat lagi dengannya.
Pasti nanti akan berlakunya ambang kejatuhan Haikal.Haikal kini berasa seperti zaman popularnya ini akan hilang tidak lama lagi.
Haikal tidak gembira.
Memandangkan Dhia juga sudah tidak mahukannya lagi, apa lagi yang boleh menggembirakan Haikal?
Rakan-rakannya? Haikal tiba-tiba teringatkan Win dan Lose. Sejak kebelakangan ini, dia jarang berbual dengan Win dan Lose.
Win dan Lose juga hilang entah ke mana.
Haikal risau akan hubungan persahabatannya dengan Lose dan Win.
YOU ARE READING
Hipster Abad-21
RomanceAlang-alang menyeluk pekasam, biarlah sampai ke pangkal lengan. Alang-alang stalk crush, biarlah sampai berpanjangan. 😂😂 Haikal pelajar kolej vokasional yang normal. Dia juga seperti pelajar yang lain, turut mempunyai crush. Dia sedar yang awek a...