Di Ambang Kejatuhan

24 3 0
                                    

Jatuh. "Aduh, sakit siot kaki aku ni.." Kuku kaki Lose patah akibat tersepak batu.
"Cepatlah!" Win yang sudah jauh di hadapan menggesa Lose untuk berjalan dengan lebih cepat.
Malam itu, Win dan Lose ke taman.
Untuk apa?
Untuk menjalankan sesuatu aktiviti tidak bermoral.

Tiba di taman yang sunyi, Win mengeluarkan iPhone5 dari poketnya.

"Kau betul ke nak buat ni? Aku rasa takut la" kata Lose.
Matanya tidak duduk diam dari memerhati kawasan tempat duduknya itu. Dia tidak mahu orang lain melihat perbuatan mereka.

Win membuka aplikasi instagram.
Win berhasrat untuk menceroboh akaun instagram Haikal.

"Aku rasa bersalah lah.." Lose seperti tidak mahu melakukan perbuatan itu. Lose baik orangnya.

"Diamlah! Kau lupa apa dia buat dekat kita? Kau lupa ke Losman?!" Win menampar muka Lose berkali-kali agar Lose sedar.
Win dan Lose sedih apabila Haikal lupa diri. Haikal tidak berkawan dengan mereka akibat terlalu asyik dengan peminat-peminatnya.

"Kita hack instagram dia, letak gambar-gambar dan video-video lucah. Biar dia rasa malu, biar dia rasa sakit hati, biar dia tak banyak followers lagi." Win kejam.
"Yer lah. Apa-apa je lah. Memang betul, Haikal lupa kita.
Bila nama dia naik, dia tak terima kasih dekat kita sedangkan kita banyak tolong dia." Lose bersandar pada satu batang pokok yang kecil dan tidak kuat untuk menampung berat badan Lose. Bodohnya Lose.

'Gedeboom!' tiba-tiba badan Lose rebah ke tanah. Batang pokok tadi patah dibuatnya.
"Bangang la kau nih! Senyap la" Win sedang menekan kata laluan bagi akaun instagram Haikal sehingga tidak sedar yang Lose jatuh ke tanah akibat bersandar pada batang pokok kecil itu.

"Ok-ok" Lose menyahut. Dia sedang membersihkan kesan tanah di seluarnya.
"Yes! Dah dapat. Sekarang, aku cuma kena post gambar-gambar tak elok je. Lepas tu, siap la." Win bersungguh-sungguh menekan skrin telefonnya.

15 minit selepas itu,
"Walah! Siap." Win menepuk tangannya berulang kali. Bangga melakukan kejahatan terhadap rakannya.
Lose lega kerana semuanya telah berakhir.
Mereka kemudian pulang ke bilik asrama.
Pukul 12:00 malam, Haikal sedang menulis sesuatu dibukunya.
Haikal tersedar yang tombol pintu biliknya bergerak-gerak.
Win dan Lose sedang membuka tombol pintu yang berkunci itu dengan kunci.

"Assalamualaikum." Lose kemudian masuk ke dalam bilik. Melihat Haikal sedang tekun melakukan kerjanya.
Lose sedikit bersalah. Tapi perasaan bersalahnya dibuang jauh.

"Korang pergi mana?" tanya Haikal risau. Seharian dia tidak melihat batang hidung kedua-dua orang rakannya.

"Ada kerja." jawab Win pendek.
Lose kemudian merebahkan tubuh di atas katil.

Haikal sedar perubahan sikap kedua-dua orang rakannya.
"Kau tak buka instagram ke Hai?" Lose bertanya.

Win menjeling Lose.
"Lose ni nak kena terajang ni!" desus hati Win. Adwin marah.

"Entah lah. Aku rasa nak deleted akaun instagram. Korang rasa macam mana?" Haikal meminta pendapat rakannya.
Win dan Lose saling berpandangan.
"Asal pulak?" tanya Win mahu tahu.

"Aku rasa, lepas gambar aku famous, lepas aku jadi hipster, lepas aku dikejar-kejar pelajar wanita, aku tak happy pon. Hubungan persahabatan kita pun dah renggang sedikit." Haikal memandang kedua-dua rakannya.
Haikal tidak tahu apa yang dilakukan Lose dan Win.

"Dhia? Macam mana dengan Dhia? Dia kan suka lelaki hipster, lelaki popular macam kau kan." Win.
Muka Lose pucat sedikit.
Dia tidak menyangka Haikal masih mementingkan hubungan persahabatan mereka.

"Dhia.. Dia memang takkan sukakan aku. Aku kena terima hakikat." Haikal sedikit tunduk.

"Perempuan lain kan ada, perempuan lain akam sukakan kau dengan imej kau yang hipster sekarang ni wey!" Win memberi semangat.
Haikal menggeleng.
"Tak nak. Aku tak nak hipster lagi. Kau faham tak perasaan aku sekarang ni?! Gambar candid tu dah tak releven lagi. Dah hampir sebulan dah! Followers aku pon tinggal berapa ratus je sekarang ni."
Win dan Lose tersentak.

"Berapa ratus je?" tanya Lose menginginkan kepastian. Dia takut dia tersilap dengar. Al maklumlah, sudah sebulan dia tidak mengorek telinganya.
"500 lebih je. Yang tinggal pun budak-budak kolej kita ni je yang follow." Haikal merenung jam dinding yang menunjukkan pukul 12:11 pagi.

"Cepatnya kau hilang followers?" Win tidak percaya.
"Macam mana cepat aku dapat followers banyak, macam tu jugaklah aku hilang followers." Haikal kemudian berdiri mendekati Win.

Dia memegang bahu Win lembut.
"Tolong deleted akaun instagram aku, tolong yer." mata Haikal tiba-tiba berkaca. Dia mungkin sedih kerana terlalu obses selama ini untuk menjadi hipster sehingga melupakan kawan-kawannya.

Hipster Abad-21Where stories live. Discover now