Win sedang membelek-belek galeri di dalam telefon Vivo milik Haikal.
"Korang cari ape? Aku tak simpan gambar blue la" Haikal menjeling.Tangan gagah Lose menepuk kepala Haikal. "Diamlah Hai! Ini dinamakan pengorbanan seorang sahabat untuk jadikan kau hipster"
Pengorbanan? Entah apa yang dimaksudkan Lose."Shhh.. Percayalah kepada mahaguru hipster ni. Jangan cakap apa-apa." Win pula menambah. Matanya masih tertumpu pada skrin telefon dan jari-jemarinya memicit-micit skrin telefon Haikal itu.
Beberapa minit kemudian mereka memulangkan semula telefon bimbit milik Haikal.
"Kau...deleted semua gambar dalam ni?!" Haikal terkesima.
Win dan Lose mengangguk bangga dengan perbuatan mereka.
"Gambar Saheton Mardhiah pon?" Haikal memandang kedua-dua rakannya yang mungkin akan dijadikan sup.
"Kurang ajar!" Haikal mengambil batang penyapu di penjuru katil lalu disodoknya batang penyapu itu ke dalam mulut Lose.
Win pula di campakkan kerusi kayu yang berada di sebelahnya.
Adakah ini perbuatan membuli?
Lose yang tidak dapat bernafas tergapai-gapai.
"Sabar Haikal!" Win mengangkat tangan dan menahan daripada botol syampu daripada terkena muka machonya."Sabar apa?! Kau deleted gambar aku tak apa, kau deleted gambar mak ayah aku pun tak apa. Tapi, yang buat aku marah kau deleted gambar Saheton!" botol syampu ditangannya itu dicampakkan betul-betul terkena kemaluan Win.
Senak.
Win mengerang kesakitan. Badannya jatuh ke lantai tergapai-gapai seperti ikan tanpa air.
Lose akhirnya mencabut batang penyapu yang disodok oleh Haikal.
Dia melihat Haikal hilang kawalan lalu dia memukul kepala Haikal dengan batang penyapu itu.
Pengsan Haikal dibuatnya.
Win masih mengerang kesakitan. Lose pula hanya mampu melihat kedua-dua rakannya berada di lantai.
Tragedi.Haikal belum sedar. Mereka takut sekiranya Haikal bangun, mereka akan dijadikan sup tulang oleh Haikal.
Maka, Lose mengikat tangan Haikal pada penjuru katil.
Kaki Haikal turut diikat.
Mulut Haikal disumbat dengan stoking.
Adakah ini penganiayaan?
"Kalau dia sedar, kita explain la. Dia takkan pukul kita sebab kita dah ikat dia." Lose memberitahu Win.
Win menunjukkan ibu jarinya kepada Lose bermaksud setuju dengan idea Lose walaupun ideanya sedikit gila."Kalau orang lain nampak, mesti diorang ingat kita nak apa-apakan Haikal." desus hati Win.
Tidak lama kemudian, mata Haikal terbuka. Mata Haikal merah seperti menahan marah.
Stoking yang disumbat pada mulutnya diludah keluar.
"Lose! Hai dah sedar.." Win sedang berdiri di hadapan katil.
Lose yang baru sahaja selesai mandi datang. Lose bertuala sahaja.
Badannya yang sasa itu amat mengiurkan.
"Korang nak buat apa ni?!" Hai berteriak.Lose senyum sinis.
Win ingin menjelaskan.
"Jangan rogol aku!!!!" Haikal berteriak selepas melihat Lose hanya bertuala mendekatinya di katil.
Jeritan meminta tolong Haikal didengari di seluruh bangunan itu.
Semua pelajar boleh mendengarnya.Haikal yang masih teruna berteriak menyangka Lose dan Win ingin melakukan perkara di luar tabii'.
"Ini untuk persahabatan kita." kata Win. Namun kata-katanya tidak membantu.
Lose menggesa Haikal untuk diam. Lalu dia naik ke atas katil.
Haikal berpeluh-peluh. Fikirannya bercelaru.
Lose kemudian mengambil pita pelekat laku menutup mulut Haikal.
Haikal menggelepar.
Lalu, Win datang dan menumbuk muka Haikal agar bertenang.Pelajar-pelajar dari bilik lain mula berasa hairan dan mengintai dari jendela perbuatan Win dan Lose terhadap Haikal.
"Gay.." sekumpulan pelajar sedang mengintai.
"Kesian Haikal.." itu sahaja yang mampu pelajar-pelajar lain katakan. Mereka tidak berani untuk menerjah pintu.
Mereka takut. Lalu mereka berlalu dari situ. Tak sanggup melihat perlakuan homeseksual."Biar kitorang explain. Kitorang tak nak pon rogol kau, Hai!" Lose memberitahu.
Badan Haikal lemah selepas ditumbuk bertubi-tubi oleh Win.
"Kitorang deleted sebab semua tu tak hipster. Gambar Saheton pula.. Kau boleh curi lagi dari akaun WeChat dia. Rilex la bro!" kata Win.
"Chill boleh tak! Kitorang ikat kau sebab tak nak kau hilang kawalan lagi. Tu je!" Lose menangis. Dia rasa bersalah.
Haikal turut menangis. Lalu Haikal mengangguk faham. Dia bertindak mengikut perasaan.
YOU ARE READING
Hipster Abad-21
RomanceAlang-alang menyeluk pekasam, biarlah sampai ke pangkal lengan. Alang-alang stalk crush, biarlah sampai berpanjangan. 😂😂 Haikal pelajar kolej vokasional yang normal. Dia juga seperti pelajar yang lain, turut mempunyai crush. Dia sedar yang awek a...