Setiap hari, banyak bunga dan coklat di letakkan di tempat duduk Haikal.
Dari peminat misteri kononnya.Haikal sibuk melayan komen-komen pengikutnya di instagram.
Akibat sekeping gambar candid, pengikut Haikal kini lebih 22 000 pengikut.
Dalam masa seminggu pengikutnya boleh mencecah puluhan ribu.
Wah, popularlah Haikal sekarang.Ramai yang menggelarnya 'Idola Hipster' dan pelajar-pelajar wanita ramai yang menyukainya.
Terkejar-kejarkannya sepertinya Haikal ini seorang artis terkenal.Tidak kurangnya dengan Zeton, Zeton yang obses dengan Haikal menampal gambar-gambar Haikal di dinding-dinding kolej vokasional itu.
Kadang kala Haikal terlupa akan motif sebenar dia menjadi hipster, Saheton Mardhiah.
"Sebab dia aku jadi macam ini." Haikal teringatkan Dhia.
Haikal lupa akan kesungguhan rakan-rakannya untuk menaikkan namanya sebelum ini.
Win dan Lose seperti hilang dari hidup Haikal akibat asyik melayan peminat-peminatnya.Petang itu, Haikal terlihat Saheton di taman. Berseorangan. Haikal ingin bertemu Dhia, dan mengatakan yang dia sudah hipster sekarang, dia sudah maju, dia tidak ketinggalam zaman lagi.
Haikal berharap cintanya diterima Dhia.Renungan mata dari jauh.
Petang yang hening. Cuaca tidak terlalu panas.
Angin seringkali meniup rambut ikal wanita itu.
Wanita itu sedang duduk di bangku. Termenung jauh.
"Aku tahu kau tengah sekodeng aku" kata Dhia.
Haikal yang berada di belakang semak terkejut.
Lalu Haikal keluar dari semak itu. Dikuisnya dedaun kering yang melekat pada bajunya."Saya..."
"Minta maaf?" Dhia sudah mengagak apa yang ingin diujarkan Haikal.
Haikal belum meminta maaf lagi tentang perbuatannya melempar tong sampah tempoh hari.
Haikal tunduk.Dhia merenung wajah Haikal. Wajah yang dikenalinya sejak di sekolah rendah lagi. Wajah yang sering muncul di dalam hidupnya. Mengusutkannya, mengganggu ketenteramannya.
Pernah sekali, wajah itu lah yang muncul di hadapan Dhia semasa dia sedang berdating. Lalu Haikal memukul bekas kekasih Dhia dan pernah sekali Haikal meletakkan julap di dalam minuman bekas kekasih Dhia akibat cemburu.
Yang kebih teruk, Haikal meletakkan serbuk pencuci di dalam minuman bekas kekasih Dhia sehingga menyebabkan bekas kekasihnya terencat.
Sejak dari itu, Dhia merahsiakan hubungan percintaannya dari Haikal.Haikal juga yang bengis ketika Dhia dimarahi rakannya selepas mengoyakkan novel rakannya tanpa sengaja.
Haikal malu direnung mata bersinar Dhia.
'Matamu melemahkanku
Saat pertama kaliku lihatmu
Dan jujur, ku tak pernah merasa
Ku tak pernah merasa begini'
Bait lirik lagu mula muncul di minda Haikal.
"Hai, duduk sini kejap" Dhia mengajak Haikal duduk di sebelahnya.
Hai terkejut. Apa yang ingin dilakukan Dhia?
"Aku masih teruna lagi ni.." bisik hati Haikal kerana menyangka Dhia akan melakukan perbuatan tidak bermoral dengannya."Dhia tak marah ke saya duduk sebelah Dhia?" Haikal bertanya. Dia takut dipukul Dhia.
Dhai menggeleng.
Berpeluh-peluh Haikal dibuatnya apabila meletakkan punggung di atas bangku itu.
Sesak nafas."Hai, pandang aku." kata Dhia dan memaksa mata Haikal untuk memandang wajah Dhia.
Face to face.
Adakah sikap Dhia berubah selepas Haikal mula popular?
Adakah sikap Dhia berubah kerana Haikal sudah mula Hipster?
Banyak tanda tanya bermain di fikiran Haikal."Hai dah popular sekarang kan. Hai dan diminati ramai." Dhia senyum memandang Haikal.
Haikal angguk.
"Jadi?" Haikal bertanya. Memandang wajah ayu Dhia dari sudut dekat.Dhia senyum.
"Jadi.. Dhia sudi lah terima saya?" tanya Haikal lagi sambil tersenyum sehingga menampakkan gigi kapaknya.
"Tak" jawab Dhia.
Haikal terdiam.
Dia yang berasa teruja tadi kembali murung."Minta maaf, Hai. Walau kau ubah imej macam mana pun sekali.. Aku takkan suka. Aku anggap kau tak lebih dari kawan aku. Aku rimas dengan kau." kata-kata Dhia menyebabkan Haikal terdiam.
Dari jarak yang dekat ini, Haikal boleh menghidu bau mulut Dhia yang boleh tahan busuknya.
Seperti bangkai mungkin.
Namun, Haikal tidak kesah."Saya buat ni untuk awak. Tapi, awak tetap tak terima saya. Tak adil." kata Haikal sambil menekup mukanya dengan kedua-dua tangannya seperti mahu menangis.
Walaupun sebenarnya Haikal tidak tahan dengan bau mulut Dhia."Maaflah. Cinta tu tak mengenal imej. Kalau cinta tu nak datang, dia akan datang dengan sendirinya. Tak boleh dipaksa. Kau kena faham, Hai." Dhia berkata sambil memegang bahu kanan Haikal.
Haikal diam. Benar, Cinta sebenar bukan datangnya dari imej, rupa, mahupun harta.
Penulis pun tahu berjiwang karat.
YOU ARE READING
Hipster Abad-21
RomanceAlang-alang menyeluk pekasam, biarlah sampai ke pangkal lengan. Alang-alang stalk crush, biarlah sampai berpanjangan. 😂😂 Haikal pelajar kolej vokasional yang normal. Dia juga seperti pelajar yang lain, turut mempunyai crush. Dia sedar yang awek a...