"Kau kekasih awal dan akhir.. Kau kekasih batin dan zahir.." suara garau Haikal memecah kesunyian.
Lagu Jamal Abdillah itu dinyanyikan oleh Haikal dengan sungguh teruk di dalam bilik mandi.
Suara itu didengari di segenap penjuru.Haikal sedang membersihkan kesan tahi burung yang berada di atas kepalanya tadi. Dia menangis dan menyanyi.
Hingus mula meleleh dari lubang hidung ke celah-celah garis bibir.
Lalu hingus kuning hijau pekat itu muka masuk sedikit demi sedikit ke dalam mulut Haikal.
Rasanya masin. Masin seperti kisah percintaannya dengan Dhia walaupun mereka tidak pernah menjalinkan hubungan percintaan."Senyap la Hai! Aku tak boleh fokus ni.." Suara Adwin muncul.
Adwin di bilik mandi bersebelahan dengan Haikal sedang fokus melakukan sesuatu yang...
Sesuatu."Win... Aku tak boleh move on dari dia." Haikal berteriak agar suaranya didengari dengan jelas oleh Adwin.
"Zeton kan ada. Kau tak nak pulak. Duk terkejar-kejar sangat Dhia tu " Win menambah. Sudah berulang kali Win menasihati Haikal agar move on dari terkejarkan crushnya yang bertaste tinggi.
"Azam aku untuk tahun ni, aku nak dapatkan dia. Hmmmm" Haikal menambah lagi. Tidak berpuas hati bila Adwin menyebut nama Zeton.
"Kau tak cukup hipster untuk dia, bro. Tak payah nak berazam sangat la. Azam kau dua tahun lepas, tiga empat tahun lepas pon belum kau capai lagi"
Win kemudian keluar dari tandas.
Dia mula sedar akan nasihat ustaz di sekolah tadikanya dahulu, tidak elok bercakap di dalam tandas.
Dia keluar dan meninggalkan Haikal sendirian.
Haikal bercakap sendiri seperti orang bodoh. Bodohnya.Azam Haikal kini untuk mendapatkan crushnya. Dia tidak berputus asa. Dengan semangat yang jitu, dia mahu mengejar Dhia dan mahu memiliki Dhia dengan apa jua caranya.
Itu Azam Haikal buat tahun ini.Kipas angin dibukanya. Telefon bimbit berjenama digenggam erat. Vivo je, bukan iPhone pon.
Akaun WeChat dibukanya. Biasalah, kalau nak jadi budak hipster kena ada akaun WeChat.
Dia kemudian memadam status-status yang di updatenya sebelum ini.
"Tak hipster langsung!" Suara Haikal yang lantang menyebabkan Win dan Lose terpaku memandangnya.
Lose atau nama sebenarnya Losman ialah kawan sebilik Haikal.
"Kau pehal?"
Kedua-dua rakan Haikal mendekatinya.
"Ni.. Post aku tak hipster. Patut lah Dhia tak suka" Haikal menunjukkan skrin telefonnya.
Tertera status-status yang ketinggalannya itu.
Emoji-emoji yang digunakan sangat ketinggalan.
Tak hipster langsung, Puii.. Hak tuiii. Tiba-tiba penulis tercekik kahaknya sendiri semasa menaip."Bukan salah post kau.. Tapi salah emoji. Hodoh siot!" Kata Lose kemudian Win mula tergelak.
"Memang tak hipster. Kau patut berguru dengan aku." Win yang kononnya instafamous walaupun followersnya tak sampai seratus.
Haikal dan Lose saling berpandangan.
"Acah hipster pulak Win ni" hatinya terdetik namun tidak mampu diluahkannya kerana takut-takut diterajang Win.
YOU ARE READING
Hipster Abad-21
RomanceAlang-alang menyeluk pekasam, biarlah sampai ke pangkal lengan. Alang-alang stalk crush, biarlah sampai berpanjangan. 😂😂 Haikal pelajar kolej vokasional yang normal. Dia juga seperti pelajar yang lain, turut mempunyai crush. Dia sedar yang awek a...