Bab 2

3.8K 142 3
                                    

Selepas sembahyang zohor di surau berdekatan dengan rumahku, aku mengayuh basikal biru milikku untuk pulang ke rumah.

"Naz! Nazirah!" jerit seseorang dari belakangku. Aku pun menoleh. "Eh Kak Ija! Assalamualaikum, ada apa kak?" Aku turun dari basikalku dan menyalami kak Ija.

Kak Ija ni jiran aku yang paling baik dan aku dah anggap dia macam kakak aku sendiri. "Waalaikumsalam ni jemput datang ke rumah akak. Ada majlis tahlil di rumah akak. Ajak umi abah dan adik-beradik Nazirah sekali. Nah kad!" Kad kecil berwarna biru dihulurkan.

"Amboi kak! Macam bagi kad jemputan kahwin pulak warna biru bagai."

Kak Ija tersipu. "Ada ada jelah Nazirah ni! Jangan lupa datang tau, akak balik dulu. Bye, Assalamualaikum!" pamit kak Ija.

"Waalaikumsalam," jawabku. Aku menaiki basikalku dan mengayuh pulang ke rumah.                                              ------------------------------------------
Sebelum maghrib, aku dan umi pergi ke rumah Kak Ija dahulu sebelum tahlil bermula. Bak kata umi, sebagai jiran haruslah saling bantu-membantu. Sampai saja di rumah Kak Ija , kami pun mengorak langkah masuk ke rumahnya.

"Assalamualaikum. Kami datang mahu bantu apa yang patut," sapa umi.

"Waalaikumsalam.,Eh jemput masuklah kak. Buat susah-susah je nak datang membantu," jawab Kak Ija.

Tidak seperti selalu, rumah Kak Ija dihias dengan cantik sekali. Merah jambu merupakan warna untuk hiasan rumah Kak Ija. Aku terpegun akan rumah Kak Ija yang cantik sekali. Tiba-tiba ada seseorang yang berdehem di belakangku.

"Ehem.."

"Eh Kak Ju!" sapaku dan terus bertanya sambil menyalam Kak Ju, "Bila sampai? Dah lama tak jumpa Kak Ju!!"

"Hehe.. Akak baru sampai.. Akak pun rindukan Nazirah.. Akak nampak Naz ni makin cantik dan berseri-seri jer.. Ada apa-apa yang berlaku ke?" jawab Kak Ju.

Aku apa lagi kalau bukan tersipu malu.. Tetiba, ada orang memberi salam, "Assalamualaikum."

"Waalaikumsalam," jawab aku Dan Kak Ju serentak.

"Eh Isyraf! Masuklah.. Mak dan abah tak ikut ke?" sapa Kak Ju kepada seorang remaja lelaki yang memakai baju jubah putih and berkopiah putih.

"Mak dan abah ada kerja sikit kat masjid. Jadi kenalah datang sorang," jawab lelaki, yang bernama Isyraf, itu sambil menundukkan kepalanya.

Kak Ju pun meng'o'kan dengan jawapan Isyraf. Aku baru perasaan yang aku kenal lelaki ini. Eh, dia ni kan Isyraf anak Ustaz Haji Khairul?

"Kak Ju.. Ni anak Ustaz Haji Khairul ke?" bisikku kepada Kak Ju.

Kak Ju mengangguk dan berkata, "Ustaz Khairul tu pakcik akak.. Camner Naz kenal pakcik akak?"

"Dia tu kan uztaz ngaji Naz.. Mestilah Naz tau," kata aku..

Kak Ju hanya mengangguk dan meminta diri untuk menolong apa yang patut.

"Tak nak gi solat ke?" Tetiba Isyraf menanya kepadaku.

"Awak tanya saya ke?" Aku menanyanya dengan blur.

"Kalau bukan awak, siapa lah? Hantu? Tembok? Dahlah.. Jom, semua sepupu-sepupu saya dah pergi ke ruang yang disediakan untuk wanita," kata Isyraf.

'Isy, sempat dia perli aku' bisik hati kecilku sambil menjalan ke ruang yang disediakan untuk solat berjemaah pada malam tersebut.
                       -------------
"Umi.. Dah habis? Nak Naz tolong tak?" Soalku kepada umiku.

"Blom lagi sikit.. Tunggu jap," kata umi..

Aku pun apa lagi? Aku melangkah ke khemah yang tersedia untuk tetamu tetamu semua. Kelihatan abah dan abang-abangku yang sedang berbual dengan Ustaz Haji Khairul..

"Nazirah! Boleh tolong Isyraf bagikan buku-buku ini?" Kata Kak Ju tiba-tiba.

"Hmm. Boleh," jawabku. Aku mengambil sedikit dan memberi kepada kaum Hawa. Apabila hendak membuat round kedua, aku lihat buku-buku itu sudah habis.

"Aik.. Dah habis? Cepatnya," kataku.

"Memanglah.. Awak jalan macam siput," kata Isyraf.

"Oh, awak cakap saya macam siput.. Awak hina ciptaan Allah.. Tak patut," ujarku.

"Takderlah tapi memang fakta yang siput jalan lambat."

Aku mencebik tanda geram. Aku hendak berlalu apabila Isyraf menghulur satu buku yang berada di tangannya, "Nah." Aku mengambil dan terus berlalu.

"Sombongnya," kata Isyraf.

"Tak ikhlas nampak," kataku. Aku terdengar Isyraf ketawa terbahak-bahak di belakangku. Aku terus berlalu dan menolong apa yang patut.
____________________________________
"Akak!" sergah sesseorang kanak perempuan yang kurang-kurang berusia enam tahun itu.

Aku terkejut dan melihat budak perempuan itu. 'Isy, anak siapa ni? Nasib baik comel.' Aku menoleh dan melihat muka kanak perempuan itu sambil bertanya, "Ye dik? Adik nak apa? Boleh akak tolong?"

"Isya suka tengok muka akak. Akak cantik," katanya.

"Isya, jangan ganggu akak itu.. Akak tu kan tengah cuci pinggan." Kedengaran suara garau dibelakangku. Aku terperanjat dan mengata, "Ni adik awak ke?"

"A'ah ni adik saya.. Isya, jom balik.. Ibu dan ayah tengah tunggu kat luar tu.. Saya minta diri dulu. Assalamualaikum."

Isya mengikut langkah abangnya selepas menyalamku dan melambaikan tangannya. Muka Isya kelihatan amat sedih. Apabila abangnya memberinya lolipop, dia terus ceria kembali.
      ______________________________

Di kelas
"Bangun.. Assalamualaikum Cikgu Hamdan."

"Waalaikumsalam.. Sila duduk.. Hari ni saya ada berita untuk kamu semua.. Pihak sekolah akan mengadakan kem untuk menengah 2 dan 3. Ni ada surat untuk Ibu bapa kalian," kata Cikgu Hamdan a.k.a guru Pendidikan Jasmani (PJ). Semua hanya mengangguk sambil mengambil surat tersebut.

"Alamak! Asal diwajibkan pergi? Aduh, aku tak nak pergi ni," bisik hati kecilku.

"Naz.. Mesti exciting kan kem ni? Argh.. Aku tak sabarnya.. Mesti ada Isyraf punya," kata sepupuku, Farah.

"Eh.. Asal dengan hang ni? Dah gila ke pe?" soalku kepada sepupunya itu.

"Kalau kau kata gila nak masuk hospital, memang tak lah tapi gilakan Isyraf memanglah," jawab Farah.

Aku sekadar membuat aksi nak muntah.
-------------------
Hari kem telah pun tiba.. Aku menyalam ke dua ibu bapaku dan abang-abangku sebelum melambaikan tangan dan masuk ke dalam bas.. Sepupu aku sendiri tak nak aku duduk sebelah dia.. 'Kalau macam ni, aku nak merajuk jelah! Tapi tak kuasa aku..'

"Isyraf.. Dulu sebelah saya.. Ada tempat kosong," kata Farah.

Kepala aku tengah sakit menyebabkan aku tidak menghiraukan sekelilingku.

"Farah.. Jangan pandang saya macam tu.. Kita bukan muhrim," kata Isyraf yang tidak selesa dengan pandangan Farah.

Farah yang sedang memandang wajah Isyraf itu hanya mencebik. Aku pulak sekadar mengeleng.
-----------------------------------------------------------

Dia Imam Mudaku!Where stories live. Discover now